CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 1

[Tempatan] Maut dipatuk ular berbisa

 Close [Copy link]
Post time 8-5-2022 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Maut dipatuk ular berbisa



Ular berbisa puff adder. FOTO AGENSI

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang membantu rakannya penjaga haiwan peliharaan eksotik maut selepas dipatuk ular berbisa puff adder yang dibawa masuk dari Afrika, Jumaat lalu.

Profesor Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Ahmad Khaldun Ismail berkata, ini adalah kes pertama direkodkan membabitkan ular spesis itu di Malaysia.

"Terdapat dua kes gigitan ular eksotik sebelum ini yang kita ketahui," katanya.

Mangsa lelaki berusia 30-an berasal dari Selangor maut selepas digigit pada kedua-dua tangan kanan dan kirinya.

"Mangsa meninggal dunia 23 jam selepas kejadian ketika antivenom (Antivipmyn-Africa) sedang diperoleh dari Zoo Singapura.

"Doktor dimaklumkan pemiliknya sedang sibuk menyelamatkan mangsa dan tidak tahu ke mana pergi ular terbabit.

"Insiden ini menyerlahkan bahaya memelihara haiwan berbisa eksotik tanpa dokumentasi dan pendaftaran yang betul dengan pihak berkuasa," katanya kepada akhbar New Straits Times.

Dianggarkan kes seumpama ini menyebabkan lebih 40,000 kematian setiap tahun di Afrika dan tanpa pengurusan klinikal dan anti racun yang sesuai, kesannya amat teruk.

"Insiden tragis ini menjadi peringatan mengenai keperluan penting bagi sesiapa yang memelihara (secara sah atau tidak) spesies penting dari segi perubatan supaya mempunyai rancangan termasuk akses kepada anti racun yang sesuai dan mencukupi.

"Bagaimanapun adalah tidak wajar untuk mengharapkan mana-mana kemudahan perubatan di negara ini menyimpan stok anti racun haiwan eksotik atau mendapatkannya dari zoo.

"Menjadi tanggungjawab pihak yang membawa masuk spesies berbisa eksotik untuk membawa masuk anti racun yang sesuai dan mencukupi," katanya.

Beliau berkata, akta perlindungan, pemeliharaan dan pengurusan hidupan liar untuk mengekalkan ekosistem yang sihat dan menjaga keselamatan serta kesihatan awam perlu diperkenalkan.

Pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Teo Eng Wah yang juga pengarang bersama buku mengenai ular di Malaysia berkata, ular itu boleh berada di mana-mana selepas dua hari kejadian berkenaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ipatuk-ular-berbisa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 03:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053896 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list