CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 12

[Tempatan] Suplemen kesihatan harga beribu, 'pancing' warga emas akan dikenakan tindakan- Khairy Jamaluddin

[Copy link]
Post time 8-5-2022 11:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 9-5-2022 02:24 PM

PUTRAJAYA: Sebarang kempen kesihatan yang dikenal pasti palsu mesti disiasat dan dikenakan tindakan segera, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau menegaskan, tindakan tersebut bagi memastikan rakyat termasuk warga emas tidak terpengaruh dengan kempen yang dijalankan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita kena siasat tapi saya belum sempat lagi baca laporan berita tersebut. Tapi apapun kempen kesihatan yang dikenal pasti palsu mesti disiasat dan dikenakan tindakan segera.

“Kita tidak mahu rakyat terutama warga emas terpedaya dengan kempen atau skim seumpama ini. Tindakan tegas akan dikenakan jika didapati bersalah,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah media berhubung ejen syarikat jualan langsung dikatakan memancing pelanggan untuk membeli pelbagai produk suplemen keluaran mereka yang dijual pada harga mencecah ribuan ringgit.

Modus operandi mereka dengan memperdaya pelanggan menerusi kempen saringan darah dengan caj serendah RM10 dan menggunakan hasil ujian itu untuk menjual produk jualan mereka.

Khairy berkata, pelbagai tindakan boleh diambil berdasarkan kesalahan dan ia di bawah kuasa pihak Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 12:02 AM | Show all posts
Jgn yang kecil2an je yang kene.
Jutawan anak didik LIVE dari NEW YORK tu pun sile la pantau sekali.
Byk nau overclaim.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat aku Zhulian dulu kala. Sampai 1tahap masuk kg kena halau hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 9-5-2022 01:29 AM
Teringat aku Zhulian dulu kala. Sampai 1tahap masuk kg kena halau hihihi

Zhulian ada jual supplement nama young xxxx (i lupa) yg katanya Tun pun consume? terpengaruh jua time tu. tapi rega tak mesra poket
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:27 AM | Show all posts
patutnya KKM betegas la sikit, belambak yg dok jual dekat media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh kuat kuasakan balik kawalan dkt produk overclaim ni.
Tak terlambat lg kalau nak pantau
Harap2 menyeluruh bukan sesetengah je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2022 09:11 AM | Show all posts
yg ketat padat sendt tu pun ambil tindakan juga...semak tgk iklan2 gitu lalu kat fb
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 9-5-2022 12:02 AM
Jgn yang kecil2an je yang kene.
Jutawan anak didik LIVE dari NEW YORK tu pun sile la pantau sekali.
...

Ohhh..itu lainnnn..dia overclaim utk jadi jutawan,tak berkaitan kesihatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 10:49 AM | Show all posts
ubat tinggi tak termasuk ke kj?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bertambah marah la org ke KJ sbb dengki kan peniage2 tu

akta begini bkn baru wujud pn kan. lame dh. takat warning gituh je. dr dlu smpi skrg produk gini tak penah pupus
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:06 AM | Show all posts
Kawan aku ejen shaklee....dlm fb takde menda lain dia post melain product  tu....tunjuk travel overseas dan segala macam convectiion bagai....shaklee la ubat segala2...dia sendiri pun consume, lansung taknak guna ubat2 daripada doktor bertauliah.....sekarang ni...umur 50thn dapat sakit buah pinggang yang kronik yang memerlukan dialisis 3x seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:17 PM | Show all posts
abisla jutawan produk timbang kilo mcm tok Bidah,alip syukri takleh cari makan pasnih
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:29 PM | Show all posts
pantau betul2 jgn hot hot chic shit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.513686 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list