CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 4

Bawa Pulang 'Hadiah' Bom Selepas Melawat Israel

[Copy link]
Post time 9-5-2022 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Sekeluarga dari Amerika Syarikat (AS) menjadi punca kekecohan dan panik di lapangan terbang antarabangsa Israel apabila membawa sebuah bom untuk dijadikan cenderahati ketika pemeriksaan keselamatan.


Kejadian berlaku Khamis minggu lalu apabila seorang daripada ahli keluarga itu mengeluarkan bom lama yang tidak meletup dan bertanya kepada pegawai bertugas, sama ada ia boleh diletakkan di dalam bagasi.




Bom lama yang mahu dijadikan cenderahati oleh pemuda AS. FOTO Agensi.




Difahamkan, pemuda itu mengutip bom berkenaan ketika melawat Golan Heights, penempatan diduduki Israel dan mahu membawanya pulang ke AS untuk dijadikan cenderahati.


Saksi memberitahu, lelaki itu dengan selamba mengeluarkan bom daripada beg sandang dan meminta kebenaran untuk memasukkan ia ke dalam bagasi.


Terkejut dengan 'hadiah' tidak disangka itu, seorang pegawai keselamatan mengarahkan kawasan sekitar bom dibersihkan, tetapi ada penumpang lain tersalah dengar dan mula menjerit 'pengganas menembak'.


Jeritan itu menyebabkan panik dengan orang ramai menjerit, berlari dan berbaring untuk menyelamatkan diri, berdasarkan video pendek yang tersebar di media sosial.


Bom lama itu dipercayai sisa perang Israel-Syria pada 1967 dengan kawasan Golan Heights paling banyak penemuan bahan letupan perang enam hari berkenaan.


Pasukan keselamatan Israel kemudian melepaskan pemuda AS itu dan keluarganya untuk menaiki pesawat selepas hasil soal siasat yang mengesahkan mereka tidak memberi ancaman.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:05 AM | Show all posts
pakar bom mohon pencerahan.

itu bom ka peluru?

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti family org putih sb tu xmemberi ancaman. kl org asia @ black dah lama kena tembak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064723 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list