CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 0

Wanita Tawar RM4,370 Teman Balik Sydney, Dukung Bayi Dalam Pesawat

[Copy link]
Post time 9-5-2022 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita Australia menawarkan wang tunai berjumlah AS$1000 (RM4,370) kepada sesiapa yang sudi menemaninya bersama tiga anak pulang ke negara asal mereka, lapor portal berita MailOnline.


Rachel berasa takut untuk pulang sendirian bersama tiga anaknya ke Sydney dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines selepas menghadiri majlis perkahwinan adik lelakinya di London.


Dia memutuskan untuk menawarkan wang tunai kepada orang yang sudi menemaninya dalam penerbangan selama 23 jam.




Kredit foto: Mirror




Suaminya tidak dapat menyertai mereka ketika percutian, jadi Rachel memerlukan bantuan untuk membawa Ivy (4 tahun), Stella (2 tahun) dan Willow yang berusia dua bulan pulang ke Australia.


Wanita itu menggunakan media sosial dan kumpulan di Facebook untuk berkongsi rancangannya dengan harapan untuk mendapatkan seorang sukarelawan.


“Sesiapa yang sedang menuju ke Sydney dari London yang mahukan wang tunai RM4,370?


“Perkara yang perlu anda lakukan adalah dukung bayi supaya saya boleh uruskan dua anak lain, urus makanan mereka, mengiburkan mereka dengan mainan teka-teki, buku, sediakan televisyen serta fon kepala dan sebagainya,’’ demikian hantaran Rachel.


Jelas Rachel, dua anaknya berkelakuan baik ketika mereka menaiki penerbangan ke London pada tahun lalu tetapi tanpa kehadiran suami, dia kini memerlukan pertolongan kerana mereka mempunyai seorang bayi baharu.


Wanita itu kini sedang meneliti permohonan dengan membuat senarai pendek untuk pemilihan terakhir.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.055929 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list