CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 1

[Dunia] Penyakit cacar monyet dikesan di Britain

[Copy link]
Post time 9-5-2022 10:17 AM | Show all posts |Read mode

CACAR monyet adalah jangkitan virus yang jarang berlaku dan tidak mudah merebak melalui manusia. - MailOnline

Penyakit cacar monyet dikesan di Britain

LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) memaklumkan bahawa seorang warga di England telah dijangkiti penyakit cacar monyet, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pesakit itu baru-baru ini telah melakukan perjalanan dari Nigeria di mana dia disyaki mendapat jangkitan tersebut sebelum mengembara ke Britain, kata UKHSA.

Pesakit berkenaan sedang menerima rawatan di unit pernyakit berjangkit di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London.

Cacar monyet adalah jangkitan virus yang jarang berlaku dan membunuh satu daripada 10 orang yang dijangkiti tetapi tidak mudah merebak melalui manusia.

Kes itu adalah yang ketujuh direkodkan di Britain dan merupakan satu-satunya kes yang ditemui sejak dua kes telah dikenal pasti di Wales Utara pada 2021.

Jangkitan virus cacar monyet boleh merebak apabila seseorang menjadi kontak rapat kepada pesakit yang dijangkiti. Bagaimanapun, risiko penularan adalah rendah dalam kalangan orang awam.

Jurucakap kerajaan berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, pakar-pakar UKHSA sedang bekerjasama dengan rakan sekerja Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) untuk mengesan kontak rapat pesakit berkenaan bagi memberikan maklumat dan nasihat kesihatan.

Gejala awal cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kelenjar bengkak, menggigil dan keletihan. – Agensi

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... dikesan-di-britain/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh, apa daaa monyet, itu pun masih ada lagi yang tak percaya manusia berevolusi daripada monyet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.409702 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list