View: 864|Reply: 1
|
Janda Mati Dikelar Sebab Tak Nak Kahwin Dengan Duda Sebelah Rumah
[Copy link]
|
|
Maut gara-gara tolak pelawaan untuk berkahwin.
Itulah yang berlaku ke atas Winwin, 30, seorang ibu tunggal dari Jawa Barat, Indonesia, yang dibunuh pada Ahad lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai M yang berang apabila mangsa menolak pelawaannya untuk berumah-tangga.
Gambar Hiasan
Mangsa yang cedera parah ditemui berlumuran darah oleh penduduk dan keluarga pada pukul 11 malam.
Namun malangnya, dia tidak dapat diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.
"Ada penganiayaan yang mengakibatkan kematian mangsa. Mangsa dianiaya dengan ditikam di perut dan kemudian dikelar oleh pelaku dikenali sebagai M," kata polis, AKBP Imron Ermawan.
Imron berkata, suspek merupakan duda yang sudah lama meminta mangsa untuk berkahwin.
“Motif suspek melakukan perkara ini disyaki kerana mangsa tidak mahu berkahwin dengannya,” kata Imron.
Mangsa juga telah beberapa kali menolak pelawaan tersebut.
Sebelum ini, mangsa juga pernah menyuarakan rasa bimbang kerana tingkah laku suspek yang sering mencederakan mangsa sehingga mengganggu persekitaran sekeliling. - CARI
Sumber: mStar/Detik |
|
|
|
|
|
|
| |
|