CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 7

Najib Razak Sekeluarga Dijemput Bercuti Atas Kapal Layar Di Selatan Perancis Milik Putera Abu Dhabi

[Copy link]
Post time 9-5-2022 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Razak sekeluarga dijemput bercuti atas sebuah kapal layar bernama Topaz di Selatan Perancis milik Putera Abu Dhabi, Sheikh Mansour pada tahun 2013.


Bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail yang bertindak sebagai Pegawai Bertugas ketika percutian itu berkata, beliau melihat seorang pelakon Hollywood dan keluarganya turut berada atas kapal berkenaan tetapi berada di bahagian berasingan.


Wan Ahmad Shihab yang juga saksi pendakwaan ke-16, berkata beliau dimaklumkan oleh pengurus kapal Topaz, Robert Shepherd bahawa pelakon itu adalah tetamu Sheikh Mansour, oleh itu dia merasakan kehadiran mereka hanya kebetulan bersama-sama dengan rombongan Najib.


Foto: Harian Metro




Saksi itu yang membacakan pernyataan saksinya berkata, beliau turut melihat salah seorang Pengarah Aabar (Aabar Investments PJS Ltd) Mohamed Badawy Al-Husseiny berada di atas kapal bersama Robert Baker yang juga seorang jurulatih golf profesional.


Katanya, Mohamed Badawy sentiasa bersama dengan Najib dan kenalan bekas perdana menteri itu, Tan Sri Bustari Yusuf di atas kapal berkenaan.


Pada 2019, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Mohamed Badawy adalah salah seorang eksekutif yang dikaitkan dengan skandal dana 1MDB dan disabitkan dengan jenayah kewangan serta dijatuhi hukuman penjara di Abu Dhabi.


"ada malam itu, Robert Shepherd memberitahu bahawa beliau sedang bersiap menyambut Riza Aziz (anak tiri Najib) untuk datang ke kapal Topaz. Ketika Riza tiba, saya dapati ahli perniagaan Jho Low (Low Taek Jho) dan Joey McFarland (penerbit Wolf Of Wall Street) turut serta bersama dengan Riza.


"Saya tidak tahu apa tujuan Jho Low dan Joey McFarland hadir bersama tetapi saya menganggap mereka hadir untuk bersama-sama menikmati percutian itu. Sepanjang berada di atas kapal, saya nampak hampir setiap masa mereka bersama dan kedengaran perbualan mereka banyak tertumpu berkaitan pembikinan filem untuk Hollywood.


"ada hari berikutnya iaitu 6 Julai 2013 sebelah petang, Najib memberitahu kepada saya bahawa seorang ahli perniagaan dari Malaysia akan menjemput beliau dan ahli keluarga serta membawa mereka untuk makan malam di sebuah hotel berdekatan milik ahli perniagaan itu," katanya.


Menurut Wan Ahmad Shihab, sejak itu beliau tidak nampak Jho Low atau Joey McFarland di atas kapal Topaz lagi dan tidak tahu bila dan ke mana mereka pergi.


Terdahulu, Wan Ahmad Shihab berkata Jho Low menghubunginya melalui aplikasi Blackberry (BBM) dan memberitahunya bahawa Najib sekeluarga dijemput untuk bercuti di selatan Perancis di atas Topaz dan beliau dipilih sebagai Pegawai Bertugas ketika percutian itu.


Beliau berkata, Jho Low memberitahu bahawa seseorang bernama Eric Tan Kim Loong akan menghubunginya mengenai butiran jemputan percutian itu dan turut memaklumkan Eric adalah sepupunya (Jho Low).


Selepas menerima maklumat daripada Jho Low, saksi berkata, beliau mendapatkan pengesahan daripada Najib yang kemudian mengesahkannya dan mengarahkan beliau untuk meneruskan arrangement (urusan butiran jemputan).


"ada 4 Julai 2013, rombongan percutian Najib sekeluarga bertolak dari London dengan menaiki pesawat milik kerajaan (ACJ 320) dan tiba di Lapangan Terbang Cote D'Azur, Nice, Perancis pada 10 malam. Najib sebelum itu mempunyai lawatan kerja di London, oleh itu dari London beliau terus terbang ke Perancis.


"Rombongan itu terdiri daripada Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, Nor Ashman Razak, Daniyar Kessikbayev dan Kolonel Norhayati binti Hassan (Pegawai Pengiring Datin Seri Rosmah).


"Sebelum itu, saya dan Tan Sri Bustari bersama anaknya terlebih dahulu tiba di Nice dengan menaiki pesawat komersial dari London pada 4 petang hari sama. Ketika rombongan Najib tiba, saya dan Robert Shepherd menyambut beliau di lapangan terbang dan terus membawa mereka terus ke kapal Topaz," katanya.


Wan Ahmad Shihab berkata, ketika tiba di atas kapal Topaz, mereka disambut kapten kapal dan dibawa belayar di sekitar perairan selatan Perancis.


Menjawab soalan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi berkata pelakon Hollywood yang dinyatakan dalam pernyataan saksinya adalah Jamie Foxx. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Only in Msia..

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-5-2022 07:35 PM

Kejap lagi penjilat bijan masuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu komunis kena masuk malaysia...biar sama rata..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini dalam sejarah : Pesalah tapi bebas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jamie foxx jd saksi gak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:43 PM | Show all posts
di malaysia semua boleh jadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056950 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list