UKRAINE boleh kehilangan puluhan juta tan bijirin akibat sekatan Rusia ke atas pelabuhan di Laut Hitam.Presidennya, Volodymyr Zelenskyy menegaskan, sekatan itu bakal mencetuskan krisis makanan yang akan menjejaskan Eropah, Asia dan Afrika.”Rusia tidak membenarkan kapal masuk atau keluar, mereka mengawal Laut Hitam.
Rusia mahu menyekat sepenuhnya ekonomi negara kita,” kata Zelenskiy kepada program berita Australia 60 Minutes.Ukraine adalah pengeksport utama bijirin selain produk makanan lain dan juga logam.
Minggu lalu, harga gandum, jagung dan bijirin lain di pasaran global mengalami peningkatan susulan krisis Rusia-Ukraine.Sekatan di Laut Hitam itu dijangka akan memburukkan lagi keadaan pasaran global.
Perang Rusia-Ukraine telah memburukkan lagi krisis makanan, tenaga dan ekonomi di Afrika dan seluruh dunia, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad.
Bercakap dalam sidang akhbar bersama dengan Presiden Senegal Macky Sall di Istana Presiden Senegal, Guterres berkata segala sekatan eksport yang tidak perlu harus ditarik balik dalam menangani krisis makanan dan tenaga yang disebabkan oleh perang itu, menurut Agensi Anadolu.
Krisis makanan boleh diatasi dengan memperkenalkan semula eksport gandum dari Ukraine, Rusia dan Belarus ke pasaran dunia, katanya.
Mengenai krisis tenaga, beliau menekankan pentingnya mengalakkan sumber-sumber tenaga boleh diperbarui.
Beliau juga menyeru institusi kewangan antarabangsa untuk segera lakasanakan mekanisme kawalselia hutang bagi negara-negara membangun “supaya kerajaan-kerajaan boleh elakkan situasi tidak dapat bayar hutang dan mampu melabur dalam jaringan keselamatan sosial dan pembanguan lestari rakyat merea”, menurut laporan itu lagi.
Sekurang-kurangnya 2,899 orang awam terbunuh dan 3,235 lagi cedera di Ukraine sejak perang dengan Rusia bermula pada 24 Feb, menurut anggaran PBB. Angka kematian sebenar dikhuatiri lebih tinggi.
Lebih daripada 5.4 juta orang telah melarikan diri ke negara-negara lain, dengan lebih kurang 7.7 juta orang dalam negara itu hilang tempat tinggal, menurut data agensi pelarian PBB.
#MajalahForexMalaysia