View: 1752|Reply: 19
|
Kim Jong-Un Campak Pegawai Derhaka Dalam Kolam Piranha, Tembak Sampai Badan Hancur
[Copy link]
|
|
PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un didakwa pernah membunuh seorang jeneral tentera dengan mencampakkannya ke dalam sebuah tangki air yang dipenuhi dengan ikan piranha.
Tindakan itu merupakan satu daripada kaedah kejam digunakan oleh pemimpin tersebut untuk membunuh individu yang menderhaka kepadanya sejak beliau memegang tampuk pentadbiran pada 2011.
Kaedah lain termasuk menembak pegawai sehingga badannya berkecai menggunakan pistol antikereta kebal serta menggantung dan membakar seorang banduan sehingga mati dengan penyembur api.
Foto: AFP
Memetik laporan Daily Star, Jong-un membina tangki gergasi itu di dalam Kediaman Ryongsong, satu daripada kediamannya.
Laporan itu mendakwa bahagian tangan dan tubuh badan mangsa ditetak dengan pisau sebelum dicampakkan ke dalam tangki dipenuhi dengan ratusan ikan piranha yang didatangkan khas dari Brazil.
Ada pihak percaya Jong-un mendapat idea kaedah bunuh guna ikan piranha dari siri filem James Bond: The Spy Who Loved Me yang menyaksikan aktor Karl Stromberg yang memegang watak antagonis membunuh musuhnya dengan mencampakkan mereka ke dalam akuarium dipenuhi ikan jerung.
Jeneral itu merupakan antara sekurang-kurangnya 16 pembantu kanan yang dibunuh termasuk ketua tenteranya serta duta ke Cuba dan Malaysia.
Timbalan Menteri Keselamatan Awam, O Sang-hon didakwa terbunuh dalam ‘penyingkiran politik’ pada 2014.
Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar The Chosun Ilbo, Sang-hon dibunuh dengan menggunakan penyembur api kerana menyokong bapa saudara Jong-un iaitu Jan Song-thaek.
Song-thaek dihukum mati pada 2014 atas tuduhan cuba menggulingkan rejim Komunis menerusi rampasan kuasa yang disokong tentera.
Berdasarkan laporan agensi berita Yonhap yang memetik sumber pada ketika itu, semua ahli keluarga Song-thaek termasuk kanak-kanak turut dibunuh. -CARI
Sumber:Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni mmg btol2 hidup zaman jahiliah |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
satu2nya negara yg tak ada kes Covid-19
rahsianya...? |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 bila dengar cerita dari NK macam ni rasa macam eh ke propa supaya orang luar dengar and gentar dgn si Kim ni. Macam zaman2 Genghis Khan punya zalim. |
|
|
|
|
|
|
|
So duta ke malaysia tu dh mendiang la ek |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya semua hukuman dia bagi. Kalau dekat Malaysia cmni sure kes rasuah takda. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma terpikir....
dari mana org2 ni dpt berita tu....
sumber dari mana.... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu.. benda2 ni boleh jadi propaganda saja..
can be used either way
|
|
|
|
|
|
|
|
eleh apa beza US tembak missile ke orang awam tgh buat majlis kahwin?
inilah kuasa media. |
|
|
|
|
|
|
|
eleh apa beza US tembak missile ke orang awam tgh buat majlis kahwin?
inilah kuasa media. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 10-5-2022 12:52 PM
satu2nya negara yg tak ada kes Covid-19
rahsianya...?
Kesian piranha kena covid-19, dah lah duduk dalam air |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je ....US, Israel, Russia etc..masing2 ada teknik sendiri..tak kejam tak dpt bertahan berkuasa lama... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita bila ni.....
Aku nk tau dia ni hidup lg ke.....dulu kata sakit teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Haha i ada baca.
Kesahnya semalam 2kes hari ni zero case...zaass tembak mampos
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berita dari sana tak kejam tak sah |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 10-5-2022 01:51 PM
Kejamnya semua hukuman dia bagi. Kalau dekat Malaysia cmni sure kes rasuah takda.
That’s some stupid statement dek. Kalau kena macam ni, lagilah kes rasuah dalam kalangan pembesar berleluasa sebab tak ada sesiapa berani bongkarkan dekkkk! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah pmompin pojaan ummah sbb heshe anti US n sekepala ngn komunis rusia yg invade ukraine.. |
|
|
|
|
|
|
|
Crash landing on you... Kuikui |
|
|
|
|
|
|
|
time dia berucap
tak ada yg berani tidur
main hp
samada yg hadir
ambik nota
atau dgr dgn serius
tak berani ooooo |
|
|
|
|
|
|
| |
|