View: 341|Reply: 0
|
[Tempatan]
Bukit Persekutuan perlu diwarta Tapak Warisan Semula Jadi Negara
[Copy link]
|
|
Bukit Persekutuan perlu diwarta Tapak Warisan Semula Jadi Negara
Kesan runtuhan di Lingkungan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan yang memberi kesan kepada penduduk perumahan berhampiran. - NSTP/Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Bukit Persekutuan perlu diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara dalam memastikan tiada sebarang pembangunan komersial boleh dilaksanakan di kawasan hutan itu.
Pengerusi Eastern Regional Organisation for Planning & Human Settlements (EAROPH Malaysia), Ar John Koh Seng Siew, berkata desakan supaya kerajaan mewartakan Bukit Persekutuan sudah dilaksanakan sejak 2007 lagi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk serta Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) sendiri.
"Namun, sehingga kini Bukit Persekutuan belum diwartakan sebagai tapak warisan semula jadi walaupun beberapa kali hasrat ini diutarakan kepada pihak berwajib.
"Malah, melalui mesyuarat bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini pernah dicadangkan secara bertulis bagi pewartaan Bukit Persekutuan ini melalui Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.
"Amat penting untuk Bukit Persekutuan diwartakan dalam keadaan sekarang bagi 'menyelamatkan' Kuala Lumpur," katanya kepada BH.
John Koh turut berpendapat, sudah sampai masanya DBKL mempunyai garis panduan khusus bagi mengawal pembangunan yang hendak dilakukan di Bukit Persekutuan.
Selain itu, beliau berkata, sudah banyak kali persatuan penduduk di kawasan berhampiran Bukit Persekutuan menyuarakan aduan dan mendesak supaya DBKL mengehadkan pembangunan baharu di kawasan berkenaan.
"DBKL perlu ada garis panduan dengan tidak membiarkan semua pembangunan dilaksanakan di atas bukit bersejarah dan khazanah hutan itu.
"Apabila adanya pembangunan di kawasan tanah tinggi dan berlaku hujan, air akan terus turun ke kawasan bawah berikutan tiada pokok untuk menahan atau menyerapnya.
"Ia bukan sahaja menyebabkan banjir, malah juga terdedah kepada risiko tanah runtuh di kawasan kediaman berhampiran," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -semula-jadi-negara
|
|
|
|
|
|
|
| |
|