View: 428|Reply: 0
|
Zhen Yi teruja beraksi di Sukan Sea
[Copy link]
|
|
ZHEN Yi juara keseluruhan pada Jelajah Thailand (U-23).
Kuala Lumpur: Atlet muda berbasikal negara Yeong Zhen Yi tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila diberi peluang membuat penampilan pertamanya bagi perlumbaan lebuh raya di temasya Sukan Sea Hanoi, Vietnam kali ini.
Zhen Yi, 19, jelas tidak sabar membuka lembaran baharu dalam kariernya sebagai pelumba basikal profesional yang akan bergandingan bersama atlet senior negara dalam misi merebut pingat di Sukan Sea nanti.
"Saya sudah membuat persiapan rapi dan sekarang masih mempunyai baki beberapa hari lagi untuk menjalani latihan sebelum terbang ke sana (Hanoi, Vietnam).
"Sekarang saya dalam keadaan bersedia untuk bersaing. Kecergasan serta momentum saya juga dalam keadaan terbaik ketika ini," katanya ketika ditemui Arena Metro.
Anak jati Selangor itu juga yakin mampu memberi saingan kepada atlet negara jiran walaupun bakal berdepan cabaran daripada mereka yang jauh lebih berpengalaman.
Tambahnya lagi, temasya dwitahunan yang bakal disertainya itu dilihat sebagai medium bagi mengukur kemampuan serta prestasi sebenarnya disamping mencari pengalaman baharu.
"Saya tak takut, tapi saya akan cuba memberi saingan kepada mereka walaupun saya tahu mereka mempunyai pengalaman yang lebih luas. Bagaimanapun saya akan cuba dapatkan pingat.
"Saya juga tak sabar nak beraksi. Jadi saya boleh nilai kebolehan diri dan tahu sejauh mana kemampuan untuk bersaing dengan peserta negara lain," katanya.
Pada masa ini, Zhen Yi adalah pelumba Kuala Lumpur yang memegang rekod kebangsaan 2021 bagi acara ujian masa perseorangan wanita bawah 23 tahun (U-23) dan juara keseluruhan pada Jelajah Thailand (U-23) 2022 yang diadakan baru-baru ini.
Zhen Yi mula menceburi dunia berbasikal seawal usia 14 tahun itu bakal membawa cabaran negara ke temasya Sukan Sea ke-31 bagi acara ujian masa perseorangan dan berpasukan lebuh raya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eraksi-di-sukan-sea |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|