View: 542|Reply: 2
|
Sukan SEA: Wendy sumbang emas kelima
[Copy link]
|
|
Wendy memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal individu wanita Sukan SEA Hanoi hari ini.
KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan dominasi dalam acara terjun di Pusat Akuatik My Dinh apabila penerjun wanita, Wendy Ng Yan Yee meraih pingat emas kedua peribadinya di Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan 3 meter (m) papan anjal individu wanita, sebentar tadi.
Kejayaan itu menyaksikan atlet berusia 28 tahun berkenaan menyumbang emas kelima buat kontinjen Malaysia.
Wendy yang mempamerkan penguasaan sejak terjunan pertama mengutip keseluruhan 270.60 mata dalam lima terjunan sekali gus membolehkan dia mempertahankan emas yang dimenanginya tiga tahun lalu di Filipina.
Rakan senegara, Ong Ker Ying meraih perak apabila mengutip 242.40 mata manakala gangsa menjadi milik penerjun Singapura, Fong Kay Yian dengan 230.15 mata.
Semalam, gandingan Wendy bersama Ker Ying berjaya menjelmakan emas keempat buat Malaysia selepas mendominasi acara 3m papan anjal seirama.
https://www.bharian.com.my/sukan ... sumbang-emas-kelima |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
okay i nak komen...
setelah menonton arenaastro aksi hanoi ...
i dapati terjun ni
a) ade kombinasi experienced divers and young / debut divers .
b) dalam kelompok experienced divers yg pernah pergi competition or olympians - i could see depa lebih chillax..zenn je.....tenang je bila lakukan setiap routines at various difficulty level - macam Dabitah she is consistent and nak missed markah pun 1 or 2.
c) dalam kalangan experienced divers yg bukan Datuk Pandalela, Dhabitah etc nampak yg depa konsisten, mature dalam menangani kegugupan , and lebih tenang dalam executing the routines tapi masih ade kesilapan yg buat depa ade markah 5 or 4 ka, ade sikit issue tak konsistensi
d) dalam kalangan young divers yg buat ddebut - wow syabas dah level pengat perak and markah okaylah julat 7.5 to 5.5 tapi banyak major omisions dan cabran sikit nam maintain konsistensi
overall, sikit puas hati sebab nampak effor nak ketengahlan pelapis kedua yg level perak medal dah ...dan cuma kena konsisten buat routine yg difficult tu je cabaran.
wow juga pencabar pencabar negara SEA like Singapore and Vietnam and even Thai..
tapi SEA ni platform yg penting lah untuk melihat k=sejuah mana kualiti and level of performance divers kite...i thinksemua ni rezeki kita berguru secara konkrit dengan China ....
so , what is next ? Commonwealth 2022 , Birm ye ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Okay tahniah kepada our Divers
yg cemerlang di peringkat South East Asia, cuma kena tingkatkan konsistensi dan go for olympic level.
Yg young divers tu syabas, level perak , gangsa ...tak pe gugup but this as Joong Hong said tadi i sempat tengok critical lah for the young divers to test the waters.
Yg senior and experienced divers ..wow best tengok markah 8/10 ....average 7.5 ...bagus bagus.
i hope masa commonwealth pun cemerlang juga ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|