View: 872|Reply: 15
|
[Politik]
PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno, kata mursyidul am
[Copy link]
|
|
Hashim Jasin berkata, rugi sekiranya hubungan PAS dan Umno tidak dipertahankan kerana Muafakat Nasional merupakan formula terbaik untuk menghadapi PRU15. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, parti itu tidak bersedia memutuskan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional yang disifatkan sebagai formula terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, rugi sekiranya hubungan itu tidak dipertahankan, oleh itu beliau mengingatkan Umno supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.
Beliau berkata, salah satu fasal dalam piagam itu menyebut, jika berlaku sebarang perselisihan atau salah faham antara kedua-kedua parti itu, kembalilah merujuk al-Quran sebagai rujukan bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.
Kita tidak pernah putus dengan Umno dan sentiasa menghormati perjanjian yang termeterai di dalam piagam MN. PAS tidak sedia untuk putus dengan Umno dan berharap sebarang perselisihan dapat diselesaikan.
“Sebaik-baiknya kembalilah kepada penyatuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini dan janganlah berpecah,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilapor menyifatkan penyatuan ummah menerusi MN yang digagaskan PAS dan Umno sebagai formula terbaik.
Katanya, penyatuan itu tidak terhad kepada parti tertentu sahaja, sebaliknya boleh disertai mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan atau individu yang mempunyai matlamat sama, iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.
Namun, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu berkata, kerjasama parti itu dengan PAS melalui MN perlu dilupakan menjelang PRU15.
Ini kerana, katanya, parti itu sudah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN, namun ia tidak disepakati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mursyidul HamPAS tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Pulakkkkk…yang ko pergi berding dang dengan Bersatu tu dah kenapa?hampagas punya parti.. |
|
|
|
|
|
|
|
hamPAS ni memang spesis tak tau malu ke apa..
dua2 nak... dia nk tengok yg mana ada kelebihan, nanti baru dia tinggal pihak yang tak berapa nak berpotensi tu |
|
|
|
|
|
|
|
hamPAS ni memang spesis tak tau malu ke apa..
dua2 nak... dia nk tengok yg mana ada kelebihan, nanti baru dia tinggal pihak yang tak berapa nak berpotensi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-5-2022 09:48 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Get rid of Hadi Awang and geng2 publika dulu |
|
|
|
|
|
|
|
PAS ni mmg sengaja recycle issue ni eh? Nak cooperate dgn UMNO pastu jual mahal tak nak. Pastu nak cooperate pastu tak nak bla bla....... |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi lah sebab hilang habis semua jawatan menteri/timb segala tu. Siapa nak bayar duit mercedes lobai2 nanti?? |
|
|
|
|
|
|
|
Pas the King maker.
Toh paq hang |
|
|
|
|
|
|
|
Next pru golongan muda bertanggungjawab untuk tong sampahkan Pas di Kelantan. Kalau negeri lain nak ambil, ambillah. Kerajaan yang tak guna kepada rakyat. Angkuh dan bodoh tak reti nak jaga negeri tapi berangan nak jaga negara |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-5-2022 06:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
dah dapat merasa duduk kerusi empuk,naik vellfire , goyang kaki dapat gaji, buat statement bodoh sebagai menteri , rugi lah kalau terlepas jawatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Amanat hadi tersenyum sinis.
Dah tak sekular agaknya amnu sekarang ya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|