View: 3215|Reply: 37
|
[Tempatan]
AirAsia... 'airlines' yang makin teruk!
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 11-5-2022 04:45 PM
KUALA LUMPUR – Seorang penumpang AirAsia mempertikaikan tindakan syarikat penerbangan tambang murah itu yang sewenang-wenangnya menjadualkan semula penerbangan pada 2 Mei lalu.
Menerusi hantaran Facebook, penumpang yang dikenali Anna Jiana meluahkan rasa kecewa kerana jadual penerbangannya asal pada pukul 6 pagi ditukar ke 7.35 malam pada hari sama.
Jelas beliau, tindakan AirAsia itu merosakkan perancangannya untuk berada di kampung lebih awal apatah lagi membeli harga tiket setanding harga penerbangan ke luar negara.
“Makin lama makin teruk pula AirAsia ini. Jian sengaja beli flight 6 pagi sebab mau sampai awal di kampung. Sekali pula kena reschedule 7.35 malam sudah . Suka hati je dia tau… Sudah la tiket mahal macam pergi overseas,” tulis di media sosialnya.
Pada hantarannya itu, beliau juga memuatnaik emel makluman daripada AirAsia mengenai penjadual semula penerbangannya pada 2 Mei lalu.
Emel makluman penjadualan semula penerbangan oleh AirAsia.
Sejak akhir bulan lalu, beberapa aduan dan rungutan pengguna yang tidak berpuas hati dengan penjadualan semula penerbangan Air Asia telah disiarkan melalui media sosial.
Malah semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan siasatan dari sisi kepentingan pengguna berhubung isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan domestik melibatkan syarikat penerbangan Air Asia.
Mengambil maklum rungutan, aduan dan keluhan pengguna, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, isu kelewatan penerbangan AirAsia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlaku sejak hujung bulan lepas dan masih berlanjutan.
“KPDNHEP akan terus menjalankan siasatan daripada sisi kepentingan pengguna dan bekerjasama dengan MOT (Kementerian Pengangkutan) bagi merungkai permasalahan ini, demi memastikan ia tidak berlanjutan dan berulang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter rasminya.
Nanta memaklumkan pengguna perkhidmatan penerbangan berhak menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan namun tertakluk kepada beberapa faktor dan punca penundaan atau pembatalan, berdasarkan maklumat daripada laman Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pampasan itu merangkumi makanan, bil panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih: penginapan hotel dan pengangkutan untuk penangguhan selama lima jam atau lebih; dan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif jika penerbangan dibatalkan.
Pengecualian bagi mendapatkan pampasan adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangka.
“Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi MAVCOM,” katanya.
https://malaysiagazette.com/2022/05/10/makin-lama-makin-teruk-airasia-penumpang/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oredi know asking oso lah you ni |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe airlines tambang murah grandfader mid ada. Tolong promote ni
|
|
|
|
|
|
|
|
asalkan tak terhempas selamat sampai in one piece dah sujud syukurr..stakat flight delay 12 jam tu apalah sgt kann |
|
|
|
|
|
|
|
undang2 dibawah telapak kaki kapitalis??? |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi lemak pak nasir tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 11-5-2022 01:54 PM
survey tiket ke bandung, tiket flight pun dah tak banyak macam dulu.
terpaksa naik malindo.
banyak pesawat yang tersadai kat hangar ler tu.
dah macam bas pulak tunggu penuh baru jalan
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-5-2022 12:52 PM
Takpe airlines tambang murah grandfader mid ada. Tolong promote ni
Agak-agak sampai yell-A boleh tak? Nak pegi obersi tp nak tiket murah |
|
|
|
|
|
|
|
Ni aku rasalah. AA ni lanyak kapal terbang baru dia A321 NEO yang lebih besar dan jimat minyak. Run drp pagi sampai malam jadi sektor yang paling lewat akan mengalami lebih kelewatan. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm seminggu ni asek ada berita buruk2 kan airlines company sedia ada…. petanda2 media menyebelahi ultra low cost carrier ka |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman-zaman kurang viral dulu iols & family travel yg dekat ² je naik airasia. Kalau ada delay dpt la food voucher & pnah la dpt 1 free ticket pegi mana ² ktorg nk. Nowadays rasa mmg xdpt dh la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
hareeeesah replied at 11-5-2022 01:49 PM
Agak-agak sampai yell-A boleh tak? Nak pegi obersi tp nak tiket murah
u nak pegi yell-eih nak cari apa u… nak supply goods ke kedai runcit aceh cawangan yell-eih ceo mrs agoundu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama aku tak naik AirAsia. Kalau aku nak naik flight tempatan, aku pilih MAS aje. AirAsir ni la yg start buat caj-caj tersembunyi. Asyik nak menipu aje |
|
|
|
|
|
|
|
masa sebelum covid tu ai rasa service AirAsia ni jauh lagi bagus dari MAS.
especially onboard, layanan FA dia tiptop sangat berbanding MAS punya FA. |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 11-5-2022 01:54 PM
u nak pegi yell-eih nak cari apa u… nak supply goods ke kedai runcit aceh cawangan yell-eih ceo m ...
Dapat jual jajan dlm kapal pun jadi la.. maggi cuq bawang org mesti lapar kan ehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
KPDNHEP ni paling tak boleh pakai punya badan kerajaan. kes da viral, orang merungut kaw2 baru la dia berbunyi.. tapi action takdak pun. senyap gitu je last2. |
|
|
|
|
|
|
|
Truly Delay of Asia......
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 11-5-2022 01:56 PM
Dah lama aku tak naik AirAsia. Kalau aku nak naik flight tempatan, aku pilih MAS aje. AirAsir ni la ...
Tapi MAS tak ada aircond |
|
|
|
|
|
|
|
taji2906 replied at 11-5-2022 02:04 PM
KPDNHEP ni paling tak boleh pakai punya badan kerajaan. kes da viral, orang merungut kaw2 baru la di ...
Mcmane nak amik tindakan.. Asal nak amik tindakan jaaaa.. Menteri ni call... Asal nak amik tindakan ja.. Menteri call... Menteri call sbb vvip call... Vvip call sebab super vvvvvvip call... Itu jela pusing2x..samela dengan polis malaysia... Haroommmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|