View: 402|Reply: 0
|
Myisha ambil pengajaran aksi Piala Uber
[Copy link]
|
|
AKSI Myisha ketika bertemu Mesir semalam. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Jangan ada belas ihsan kepada pemain lawan. Itu perkara menjadi pengajaran kepada pemain muda negara Myisha Mohd Khairul sepanjang kempen Piala Uber yang ketika ini berlangsung di Bangkok, Thailand.
Myisha berkata, rata-rata pemain yang berada di ranking lebih baik tidak memberi 'muka' kepadanya walaupun mengetahui dia masih mentah dan kurang berpengalaman.
Katanya, situasi terbabit secara tidak langsung menyebabkannya mempamerkan aksi bertenaga bagi mengelak menjadi mangsa belasahan lawan.
"Banyak perkara yang saya belajar daripada kejohanan ini terutama semangat dipamerkan oleh pemain yang berada di kedudukan lebih baik atau berpengalaman apabila berhadapan dengan lawannya di ranking bawah.
"Boleh lihat mereka tidak akan memberi ruang dan peluang walaupun mengetahui boleh menang dengan mudah. Situasi itu banyak mengajar saya untuk lebih kental pada kejohanan akan datang," katanya.
Skuad wanita negara mengakhiri kempen Piala Uber dengan kemenangan 5-0 ke atas Mesir dalam aksi terakhir Kumpulan C di Bangkok, Thailand, semalam.
Keputusan itu menyelamatkan Malaysia daripada menghuni kedudukan tercorot kumpulan selepas tewas dalam dua perlawanan awal sebelum ini di tangan Denmark dan Thailand.
Dua kekalahan berturut-turut itu menutup pintu skuad wanita negara untuk melangkah ke suku akhir sekali gus mengulangi skrip tahun lalu apabila turut terkandas di peringkat kumpulan.
Sementara itu, Myisha berkata, penyertaan kali pertama dalam kejohanan berprestij itu memberikan pengalamannya untuk tampil lebih menyakinkan pada kejohanan akan datang.
"Corak permainan saya lebih baik pada kali ini mungkin kerana perasaannya lain apabila menyertai kejohanan besar seperti ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ran-aksi-piala-uber |
|
|
|
|
|
|
| |
|