CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 11

[Tempatan] Akhirnya PKR mengaku perlukan sokongan Zahid, Najib. Netizen yg dulunya ramai kecam sekarang terkedu..hahahh

[Copy link]
Post time 11-5-2022 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Saya hanya jalankan tugas parti pujuk Zahid, Najib supaya sokong Anwar – Saifuddin
Khairulanuar Yahaya -
11 May 2022


KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui dirinya hanya menjalankan tugas memujuk dua pemimpin utama UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Menurut beliau, pada waktu itu, dia ditugaskan sebulat suara oleh kepemimpin partinya untuk memujuk Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi sokongan kepada Anwar.

“Apabila Kerajaan PH jatuh, parti berbincang, PH berbincang. Keputusan diambil tugasan diberikan kepada beberapa kepimpinan tertentu. Bermaksud ia bukan soal Saifuddin berunding, ia adalah keputusan kolektif setelah pimpinan parti dan PH berbincang.

“Dia beza, dengan Saifuddin pandai-pandai bincang dengan Saifuddin diberikan peranan dan tugasan sesuai dengan keputusan konsesus parti-parti dalam PH.

“Tugasan saya diberi untuk saya dekati pimpinan dari Sabah dan Sarawak. Peranan juga diberi kepada saya untuk berjumpa parti-parti di luar PH. Ahli Parlimen (MP) bebas, MP dari parti Islam, UMNO kesemua sekali. Yang kita perlukan bukan mereka berpindah parti. Yang kita perlukan adalah komitmen sokongan,” katanya.

Menurut Saifuddin, beliau tidak memandai-mandai dalam memujuk Zahid dan Najib untuk menyokong Anwar.

Saifuddin yang menjawat jawatan Setiausaha Agung PKR ketika itu berkata, beliau tidak perlu berselindung dengan tugasan yang diberikan kepadanya dalam memujuk Zahid dan Najib.

“Saya akui kita telah menghantar surat ke Istana Negara. Kita ada dokumen yang sah dari segi undang-undang yang membuktikan angka sokongan.

“Istana bukan perbuatan dan kerja main-main. Kerana itu saya laksana tugas saya. Kalau end game dia tidak berkesampaian sudah tentu perkara lain turut mempengaruhi.

“Saya ulangi keputusan saya berunding dalam pengetahuan pimpinan parti. Keputusan saya berunding dalam pengetahuan kepimpinan PH. Kita laporkan kemajuan secara terbuka dalam mesyuarat-mesyuarat parti,” kata Saifuddin.

Malah menurut beliau, perkara itu turut dimaklumkan kepada semua ahli Parlimen PH tanpa berselindung.

Beliau menjawab soalan yang dilemparkan oleh seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam acara debat yang disiarkan secara langsung oleh sebuah portal berita hari ini.

Rafizi dalam soalannya mahu Saifuddin menjelaskan peranannya dalam perundingan dengan Zahid dan Najib untuk dapatkan sokongan UMNO terhadap Anwar untuk jadi Perdana Menteri.

“Sehinggalah insiden Datuk Seri Anwar mengumumkan angka tetapi tidak ada. Soalan saya, bolehkah Datuk Seri Saifuddin berterus terang  kepada rakyat dan anggota parti rentetan peristiwa dan bagaimana Datuk yakin bahawa Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Najib akan mengotakan janjinya untuk menyokong Datuk Seri Anwar,” tanya Rafizi.

Pada 22 September 2020 Anwar mendedahkan mempunyai bukti  mendapatkan sokongan strong (kuat), formidable (kukuh) dan convincing (meyakinkan) untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun pihak Istana Negara kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. – MalaysiaGazette

sumber: malaysiagazette.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 08:32 AM | Show all posts
boleh nampak macam mana rakus puak2 ni nak dapatkan kuasa..masing2 duk beli sokongan dari pihak lawan...

izzah dah boleh stop kot bertanding PRU depan... dulu dia sendiri cakap takkan bertanding, ni dengar macam nk bertanding, pastu cam tak pulak...

tak perlu dah reformasi, anwar dh keluar penjara.... pandai2 la dia capai cita2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 08:50 AM | Show all posts
si bodoh je yang tak nampak permainan bekas banduan liwat dengan bakal banduan songlap...  anak murid dan cikgu makna saknim...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:02 AM | Show all posts
kalau bergabung elok jugak diorg tu kan,hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:07 AM | Show all posts
nampak kan wak jahit tak pernah mengaku apa apa perkara yang dia buat...  menipu jer kerja nya..
umno kalau nak terus hidup baik buang para toxic ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla umno bersatu bersama pkr. Senang rakyat nak pangkah mungkin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 11:43 AM | Show all posts
so
ameno dengan peke R la nih
hahahhahahahhaa
DAP?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Disgusting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 02:39 PM | Show all posts
Bagus si Rafizi dedahkan ni semua

Patut PH sedar , tak guna runding dengan party asobiyyah atau sesiapa pon

Party asobiyyah pon padan muka , sanggup runding untuk kuasa - sekarang dah terburai

Zaman elit politik berunding secara tertutup dah berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Euww sgt pkr...dah x relevant pun. Tu yg desperate smpi bawa tarik afdlin dgn hans isaac masuk sekali
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 12-5-2022 09:07 AM
nampak kan wak jahit tak pernah mengaku apa apa perkara yang dia buat...  menipu jer kerja nya..
umn ...

Mahkamah kena terlebih dulu buang baru boleh umno buang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
saifuddin auta lebih..aku harap rafizi menang..biar puak2 sial mcm jemin mengelupor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.045672 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list