CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Dunia] NY: Bunuh ibu demi perebutan harta pusaka berjumlah lebih $42 juta

[Copy link]
Post time 12-5-2022 07:59 AM | Show all posts |Read mode
Bunuh ibu di laut untuk bolot harta pusaka
Agensi


New York: Seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) tergamak membunuh ibunya di tengah laut dalam usaha untuk membolot harta pusaka keluarganya.

Pendakwa raya berkata, Nathan Carman, 28, dari Vermont, membunuh Linda Carman dan menenggelamkan bot mereka semasa perjalanan memancing di Rhode Island, di timur laut negara itu pada 2016.

Dia ditangkap pada Selasa dan didakwa atas lapan pertuduhan, kata Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan.

Carman juga menembak dan membunuh datuknya John Chakalos di rumahnya di Windsor, Connecticut pada 2013, kata pendakwa raya.

Pertuduhan baharu itu menyatakan Carman membunuh dua saudaranya sebagai sebahagian daripada skim untuk mendapatkan wang dan harta daripada harta pusaka Chakalos dan dana amanah yang berkaitan.

Pendakwa raya juga menuduh Carman cuba menipu sebuih syarikat yang menginsuranskan bot nelayannya.

Carman ditemukan bersendirian, di dalam rakit boleh kembung, lapan hari selepas dia pergi memancing bersama ibunya, menurut laporan media AS.

Mayat wanita itu tidak pernah ditemukan.

Carman sepatutnya dihadapkan ke mahkamah di Vermont, pada Rabu.

Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup mandatori jika sabit kesalahan membunuh.

Tuduhan penipuan itu masing-masing membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Disiarkan pada: Mei 12, 2022 @ 7:00am

sumber: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041448 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list