CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 6

[Dunia] Lepas 2 tahun, ni pertama kali Korea Utara catat kes pertama Covid-19

[Copy link]
Post time 12-5-2022 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Korea Utara sahkan kes pertama COVID-19
Mei 12, 2022 @ 8:32am

SEOUL: Korea Utara secara rasmi mengesahkan wabak COVID-19 pertamanya hari ini, dengan media kerajaan melaporan sub varian Omicron yang sangat mudah merebak dikenali BA.2 dikesan di Pyongyang.

"Terdapat insiden kecemasan terbesar di negara ini selepas lebih dua tahun mengekang penularan wabak berkenaan," kata media kerajaan.

Laporan itu berkata, individu di Pyongyang dijangkiti virus Omicron, bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai angka kes atau kemungkinan sumber jangkitan.

Laporan itu diterbitkan ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mempengerusikan mesyuarat Parti Pekerja untuk membincangkan tindak balas terhadap wabak pertama COVID-19 - REUTERS

Korea Utara sebelum ini melaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiada kes COVID-19 dilaporkan di negara itu selepas kira-kira 36,000 rakyatnya disaring.

Agensi Yonhap yang memetik laporan mingguan WHO mengenai COVID-19 melaporkan, 693 rakyat Korea Utara menjalani ujian saringan sejak 30 Julai sehingga 5 Ogos tahun lalu, menjadikan keseluruhan 35,947 rakyat negara itu disaring tetapi tiada kes positif direkodkan.

Laporan itu mendedahkan, daripada ujian terkini yang dijalankan, seramai 112 orang dikesan mempunyai gejala tetapi kemudian disahkan sebagai seperti selsema biasa atau penyakit pernafasan akut.

Korea Utara mendakwa, negara itu bebas COVID-19 tetapi mengambil pendekatan dan tindakan tegas membendung penularan seperti kawalan ketat di sempadan sejak awal 2020. - REUTERS

sumber: bharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena simen ke yg positif tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Habislah kena bunuh plak la
Esok clear la kes
Eh si gemuk tu ingat dia siapa
Negara dia dan dia tu clean sangat ke xleh apa2 musibah berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
So kena tembak ke kena humban dlm tangki piranha?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:20 AM | Show all posts
pesakit tu dah kena tembak kot.. mcm awal2 covid melanda tu, smua pesakit dorang tembak mati terus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 11:35 AM | Show all posts
apa la rahsia nya


Agensi Yonhap yang memetik laporan mingguan WHO mengenai COVID-19 melaporkan, 693 rakyat Korea Utara menjalani ujian saringan sejak 30 Julai sehingga 5 Ogos tahun lalu, menjadikan keseluruhan 35,947 rakyat negara itu disaring tetapi tiada kes positif direkodkan.

Laporan itu mendedahkan, daripada ujian terkini yang dijalankan, seramai 112 orang dikesan mempunyai gejala tetapi kemudian disahkan sebagai seperti selsema biasa atau penyakit pernafasan akut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 dah berjoter mati, tak di report nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042750 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list