CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Dunia] Negara Kesatuan Eropah tak lagi wajibkan pelitup muka dalam penerbangan

[Copy link]
Post time 12-5-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Pelitup muka tidak lagi perlu dipakai di lapangan terbang dan dalam pesawat di Eropah mulai 15 Mei, kata Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) serta Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) hari ini.

“Mulai minggu depan, pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam penerbangan, seiring perubahan diperkenalkan pihak berkuasa kebangsaan di sekitar Eropah bagi pengangkutan awam,” kata pengarah eksekutif EASA Patrick Ky.

Itali, Perancis, Bulgaria dan negara Eropah lain semakin melonggarkan malah menghentikan kebanyakan atau semua langkah keselamatan yang sebelum ini diperkenalkan bagi mengekang penularan virus korona.

Beberapa syarikat penerbangan AS berkata penggunaan pelitup muka tidak lagi diwajibkan mulai April, selepas seorang hakim persekutuan di Florida memutuskan peraturan pentadbiran negara itu untuk penggunaannya dalam pengangkutan awam sebagai tidak sah.

Pengarah ECDC Andrea Ammon berkata, sekalipun memakai pelitup muka tidak lagi diwajibkan “adalah penting untuk beringat bahawa ia tetap kaedah terbaik mengekang penularan, seiring penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan tangan”.

Peraturan berkaitan pemakaian pelitup muka dijangka berbeza-beza susulan ini, dengan syarikat penerbangan diarahkan menggalakkan penumpang terus menggunakannya dalam pesawat bagi destinasi di mana pemakaian pelitup muka masih diwajibkan, kata agensi-agensi berkenaan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2022/05/11/eropah-tak-lagi-wajibkan-pelitup-muka-dalam-penerbangan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.304790 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list