CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 1

[Tempatan] Sempena hari ni, 12 Mei Hari Jururawat, nak share info negara tak cukup jururawat la pulak

[Copy link]
Post time 12-5-2022 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Isu kekurangan jururawat sedang ditangani – Khairy
By Bernama
May 12, 2022


PUTRAJAYA, 12 Mei: Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Berucap merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini pada hari ini, beliau mengakui menerima banyak aduan berhubung kekurangan jururawat di hospital-hospital.

Menurutnya, dalam lawatannya ke Hospital Tunku Azizah (HTA) pada minggu lepas, iaitu hospital moden dan canggih yang dibina untuk ibu dan anak di Kuala Lumpur, didapati tidak dapat memaksimumkan perkhidmatan kerana tidak ada cukup jururawat.

“Jadi kita telah mempercepatkan kelulusan jururawat untuk dihantar ke HTA dan berusaha untuk menghantar mereka ke hospital lain juga,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata beliau akan cuba menyelesaikan isu jururawat berstatus kontrak dan perjawatan mereka.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 3,469 jururawat berstatus kontrak. Saya akan usaha sedaya upaya untuk bantu (dalam) isu ini dan berharap jururawat akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang,” katanya. – TVS

sumber: /tvstv.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 02:55 PM | Show all posts
yg kawan aku share, sebab nak naikkan gaji doktor so tu pasal jawatan2 kecik ni dihapuskan untuk salur peruntukan ke gaji doktor. camtulah yg aku dengar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039407 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list