CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 542|Reply: 0

[Tempatan] Nilai ringgit terus merudum

[Copy link]
Post time 12-5-2022 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Nilai ringgit terus merudum


Pengukuhan dolar AS memberikan tekanan kepada ringgit - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup 0.39 peratus lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan aktiviti jualan susulan penurunan harga minyak mentah global, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.3935/3945 berbanding dolar AS daripada 4.3755/3785 pada akhir urus niaga semalam.

Harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global turun 1.49 peratus kepada AS$105.90 setong.

Menurut penganalisis itu, dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah langkah Rizab Persekutuan AS (Fed) memperketat dasar monetari berikutan data inflasi negara maju itu yang meningkat dengan Indeks Harga Pengguna terbaharunya naik kepada 8.3 peratus bagi April 2022 daripada konsensus 8.1 peratus.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1488/1500 daripada 3.1583/1607 semalam, naik berbanding euro kepada 4.5820/5830 daripada 4.6218/6250 serta meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3539/3551 daripada 5.4147/4184 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.4145/4156 daripada 3.3723/3748, sebelumnya.

-BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.032500 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list