CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 744|Reply: 4

[Dunia] Korea Utara catat kes pertama Covid-19

 Close [Copy link]
Post time 12-5-2022 11:26 PM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN menyembur cecair pembasmi kuman dan mengelap permukaan sebagai langkah pencegahan Covid-19 di sebuah pasar raya di Pyongyang, 19 Mac lalu. - AFP

Korea Utara catat kes pertama Covid-19

PYONGYANG – Korea Utara mengesahkan kes pertama Covid-19 di negara itu, dan disusuli dengan pengisytiharan ‘darurat serius’ oleh Pemimpin Tertingginya, Kim Jong-un yang mengarahkan perintah berkurung dilaksanakan.

Negara itu sebelum ini tidak pernah mengakui terdapat sebarang kes Covid-19. Pyongyang turut melaksanakan sekatan sempadan yang ketat di semua pintu sempadannya sejak permulaan pandemik pada 2020.

Bagaimanapun, beberapa sampel yang diambil daripada pesakit yang demam di Pyongyang dilaporkan menyamai dengan varian Omicron BA.2, demikian menurut agensi berita Korean Central News Agency  (KCNA).

Susulan penemuan itu, Jong-un dan pegawai-pegawai tertingginya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan mengenai perkembangan terbaharu itu dan mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan ‘sistem pencegahan wabak kecemasan maksimum’.

“Jong-un mengarahkan semua bandar dan daerah di seluruh negara agar melaksanakan perintah berkurung.

“Beliau turut berkata bahawa tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk menyembuhkan jangkitan dan menghapuskan punca penyebaran virus,” kata KCNA.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai jenis sekatan yang akan dilaksanakan belum dikeluarkan. Angka jangkitan juga tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.

Pakar-pakar percaya bahawa Korea Utara tidak pernah memberi vaksinasi kepada penduduknya yang berjumlah 25 juta orang.

Negara itu juga telah menolak program vaksinasi yang ditawarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), China dan Rusia. – AFP  

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... s-pertama-covid-19/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tertinggal keretapi sungguh diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampos la kena bunuh mamat yg positif tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde kena campak dlm kolam piranha ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.379858 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list