View: 1361|Reply: 10
|
Kena Buli Di Sekolah Setiap Hari-Budak 10 Tahun Tak Nak Makan, Alami Tekanan Sampai Botak
[Copy link]
|
|
London: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di United Kingdom (UK) yang dipercayai menjadi botak sepenuhnya selepas dibuli di sekolah berharap dapat mengumpul wang untuk rawatan rambut.
Metro UK melaporkan Bonnie Pullman mula menjadi mangsa buli, tiga tahun lalu ketika dia hanya berusia tujuh tahun.
Penderaan rakan sebaya menyebabkannya menangis setiap hari.
Foto: Metro UK
Tekanan dihadapi menyebabkan Pullman disahkan menghidap alopesia atau keguguran rambut kritikal.
Biarpun ibunya, Wendy, cuba campur tangan dengan ke sekolah dan cuba menghentikan aktiviti buli itu, rambutnya masih tidak tumbuh semula kerana kebimbangan yang berterusan.
"Setiap kali pulang dari sekolah, dia akan menangis dan setiap kali itu, kami melihat rambut gugur dari kepalanya.
"Kami diberitahu ia berpunca daripada alopesia yang dikaitkan dengan tekanan yang dialaminya ketika itu.
"Ia sampai ke tahap di mana dia tidak berselera makan, malah saya dapat melihat ia banyak memberi kesan kepadanya, jadi (saya) pergi ke sekolah dan menghentikan perbuatan buli.
"Bagaimanapun, apabila sekolah ditutup selama enam bulan, rambut Bonnie mula tumbuh semula," katanya.
Menurut Wendy, dua minggu selepas anaknya kembali ke sekolah, rambutnya kembali semula dan kemudian botak sepenuhnya.
Wendy berkata, apa yang berlaku memberi kesan kepada kesihatan mental anak perempuannya.
"Ia menyebabkan kesihatan mentalnya merosot sepenuhnya sampai ke tahap dia menjadi tidak lalu makan.
"Keguguran rambut juga menyebabkan banyak isu kesihatan mental untuk imej badan adalah yang utama.
"Dia tidak menyukai dirinya dalam tubuhnya sendiri, dan dia akan berkata seperti, 'Kawan saya cantik, saya tidak cantik'.
"Dia juga tidak pergi berenang di sekolah, malah enggan membenarkan sesiapa melihatnya dalam pakaian renang," katanya.
Sukar untuk dihadapi sebagai seorang ibu kerana anda melihat sejauh mana ia mempengaruhinya dan keluarga
"Satu-satunya perkara yang boleh kita lakukan adalah menjadi kuat untuknya dan beritahu betapa cantiknya dia sama ada berambut atau tidak," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siannya ko dek, kenapalah mak ko tak pindahkan sekolah je. pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik je budak ni.. panggil la mana ² org yg sakit tu bwk jumpa naikkn balik smangat confident dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn sama penyakit MCM Bini will smith ke, Jada? Smp kene tampor Chris rock dekat Emmy awards SBB joke PSL Jada..
Pembuli2 ni mmg cilaka..Mgkin org nmpk ala2 gurauan sesama rakan sebaya..tp effect negativenya blh bw smp ke mati..kecuali org yg kuat mental fizikal je blh terima..tp mostly xmampu dik...btlla pepatah..lidah Tu lbh tajam Dr pisau..buat pembuli2 sekalian...den doakan agar korg mampus kiok cpt2...puihhh gittew den melempiaskan rs marah den kpd pembuli2 taik dog grey... |
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry replied at 13-5-2022 09:50 PM
Bkn sama penyakit MCM Bini will smith ke, Jada? Smp kene tampor Chris rock dekat Emmy awards SBB jok ...
Academy awards dear
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo pindah sekolah pun aku rasa botak juga. budak ni yg anxiety.
home school je la dik.
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 14-5-2022 05:06 AM
Academy awards dear
Emmy dgn academy xsm ke? Tahla den bknnya hafal Bab anugerah2 ni..JD keliru selalu..ok TQ perbetulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry replied at 14-5-2022 02:18 PM
Emmy dgn academy xsm ke? Tahla den bknnya hafal Bab anugerah2 ni..JD keliru selalu..ok TQ perbetul ...
No need to hafal2
Just get ur facts right je
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 14-5-2022 03:06 PM
No need to hafal2
Just get ur facts right je
Ok..got it..TQ again..peace |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Wendy, dua minggu selepas anaknya kembali ke sekolah, rambutnya kembali semula dan kemudian botak sepenuhnya.
Wartawan ni belajar menulis BM kat afrika ke hape? |
|
|
|
|
|
|
| |
|