CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 10

[Tempatan] Pengguna mengeluh harga barang naik lagi

[Copy link]
Post time 13-5-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Pengguna mengeluh harga barang naik lagi


Tinjauan di Pasar Besar Seremban mendapati ada barang basah keperluan harian mengalami kenaikan harga. - NSTP/Ahmad Hasbi.

SEREMBAN: Pengguna di negeri ini yang mahu mengadakan rumah terbuka atau menerima kunjungan tetamu sempena Aidilfitri mungkin terbeban dengan kenaikan harga barang basah ketika ini.

Tinjauan di Pasar Besar Seremban di sini, hari ini mendapati rata-rata harga sayur dan ikan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bekas pekerja swasta dari Sikamat, Azman Baharudin, berkata harga barangan basah dikesan terus naik walaupun tidak ketara.

"Sebelum ini saya beli ikan kembung dalam anggaran RM12 sekilogram namun kini mencecah RM19 sekilogram.

"Peniaga meletakkan harga lebih mahal jika ikan segar sebelum menurunkan sedikit harga selepas beberapa hari jika ikan tidak terjual," katanya ketika ditemui di pasar berkenaan, hari ini.

Azman mendakwa, ada peniaga sayur mengekalkan harga sayur-sayuran namun mengurangkan kuantitinya dalam seikat hasil tanaman yang dijual.

"Dalam suasana masih menyambut Aidilfitri, ramai yang berbelanja untuk mengadakan rumah terbuka atau menjemput tetamu ke rumah.

"Dengan situasi harga yang tidak terkawal ini, mungkin ada golongan yang sedikit terbeban, jadi mereka perlu pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak 'kering' di hujung bulan," katanya.

Sainon Dahalan, 69, dari Senawang berkata, kenaikan harga barang memang ketara ketika ini, namun pengguna tiada pilihan.

"Saya perasan harga cili padi sebelum ini RM18 sekilogram tetapi kini harganya mencecah RM25 sekilogram, selain harga sayuran seperti pegaga.

"Harga ayam ada juga berlaku kenaikan tetapi kerajaan mengawalnya dengan menetapkan harga siling. Kalau orang tengah jadi puncanya, saya harap kerajaan akan ambil tindakan," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ga-barang-naik-lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu org berebut ayam Kat lotus Sbb antara termurah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri tak buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 04:10 PM | Show all posts
Tak mustahil bakal terus naik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
anj2208 replied at 13-5-2022 03:28 PM
Sbb tu org berebut ayam Kat lotus Sbb antara termurah...

Haah
Iols hari tu pergi pagi2..
Ayam baru kuar ni..
Ramai dah tunggu..hahahaha..
Mujur masa tu.iols bukan nak beli.ayam..kalauntak..mmg kena tunggu laaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 04:29 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2022 10:28 AM | Show all posts
leks la... ayam mahal? makan tempe

sawi mahal? makan kangkong

kangkong mahal? tanam sendiri, rakyat pemalas

tu je ulasan pakar2 dan menteri pasola kat mesia ni kejap lagi.. dia tak cakap lagi pun meols dah tahu dia nak ckp apa  
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 12:03 PM | Show all posts
Satu donia alami masalah sama... awat menteri2 negara lain pun level bodoh kaa??

Sedih lehat kebodohan ummah malaysia yang acah2 dia pandai semua tapi serupa katak bawah tempurung... punca utama rakyat Malaysia ni lembik & banyak complaint. semua tak kena .. manja serupa baby .. semua nak kena suap..

nak jimat belanja.. ajaq laa diri & keluarga sundri.. kurangkan makan, kurangkan minyak, kurangkan gula.... manusia tak perlu melantak banyak pun kalo setakat dok ataih kerusi.. Kesihatan terjaga, poket pun selamat... tu pun bodoh sekoq2 dok tuding jari sana sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
frankly speaking, tkde sorang pun komuniti i yg mengeluh pasal brg naik. Yg mengeluh harga barang tak boleh naik adelah… iaitu kawan2 pengilang IKS yg nak naikkan harga production tapi tak boleh sbb peruncit nnt tknk beli hehee
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
yanzhuo replied at 13-5-2022 03:34 PM
Menteri tak buat kerja

Kata menteri, "Bukan kerja akuuu!"
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah naik sikit2 pn sblm raya lepas raya lagi menaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039779 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list