View: 1252|Reply: 7
|
[Tempatan]
Dikompaun RM3 juta seorang, 4 eksekutif 'Serba Dinamik' dibebaskan
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 14-5-2022 01:34 AM
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen membebaskan Serba Dinamik Holdings Bhd, ketua pegawai eksekutif serta tiga pegawai kanannya atas tuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia tahun lalu.
Ini selepas syarikat terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Karim Abdullah; Pengarah Eksekutif Syed Nazim Syed Faisal; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Azhan Azmi dan Naib Presiden Akaun dan Kewangan Hafiz Othman membayar kompaun berjumlah RM16 juta yang dikeluarkan terhadap mereka.
Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata, ia mengeluarkan notis kompaun itu selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) membenarkan representasinya atas pertuduhan itu.
Serba Dinamik dan empat eksekutifnya masing-masing dikenakan kompaun RM3 juta. Hafiz turut dikenakan tambahan kompaun RM1 juta kerana memalsukan rekod perakaunan anak syarikat Serba Dinamik.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Hashley Tajudin, Zul’aida Zulkifli dan Izzat Fauzan, serta pegawai pendakwa Izuddin Mohamed hari ini memaklumkan kepada empat Mahkamah Sesyen berasingan bahawa kompaun dibayar sepenuhnya pada 9 Mei lalu.
Mahkamah mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
Serba Dinamik dan empat eksekutif itu dibicarakan pada 28 Dis 2021, selepas didakwa mengikut Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.
Tuduhan pernyataan palsu itu adalah berhubung angka hasil RM6.014 bilion yang terkandung dalam laporan suku tahunan Serba Dinamik mengenai keputusan disatukan bagi suku tahun dan tahun berakhir 31 Dis 2020.
Siasatan terhadap Serba Dinamik dijalankan pada Mei 2021 selepas SC menerima laporan daripada KPMG.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/13/serba-dinamik-4-eksekutif-bebas-selepas-bayar-kompaun-rm16-juta/
|
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk sgt harta ko DH bertimbun2 smp beberapa keturunan pun Abis xabis...denda berjuta2 lemon pun, Mata berjuling2 pun blh settle byr..pastu ade Ati nak.bailout la APA la...dasar penyamun tarbus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Denda 3 juta je..
Ni mcm kes buang sisa berbahaya dlm sungai. Nk lupus secara elok maybe berjuta juta. Buang dlm sungai denda rm500k cam tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Si laki pelakon miera liyana tu bknke top management company ni gak. Ke aku silap |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes menipu laporan kewangan ke? manipulasi kertas berlaku lagi. puak2 belah sana jgn bergelak ketawa sgt... korang lagi meriah amalkan benda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa nak bela nasib pelabur2 yg rugi teruk? |
|
|
|
|
|
|
|
cuci kot nie...kantoi document...agak aq lh |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa atok tak percaya kata jibi..cash is king |
|
|
|
|
|
|
| |
|