PETALING JAYA: Polis menahan pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) 7 Mei lalu.
Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai berkata, lelaki rakyat tempatan berusia 31 tahun itu itu ditahan semalam.
“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Mei untuk siasatan lanjut.
“Semakan rekod mendapati suspek juga mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan penahahan itu, beliau berkata pihaknya turut merampas kunci kereta, alat kawalan jauh, rotan berukuran lebih kurang 90cm, dua rangkai kunci basikal dan tiga buah motosikal dengan nombor pendaftaran palsu.
Kayu bersama beberapa kunci dan alat kawalan jauh yang turut dirampas daripada suspek lelaki tempatan berusia 31 tahun semalam. (Gambar PDRM)