CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 7

[Politik] Zahid setuju cadangan Anwar

[Copy link]
Post time 15-5-2022 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 16-5-2022 01:09 AM

Meskipun menyokong cadangan supaya Petronas menyelamatkan Sapura Energy, Umno juga bersetuju dengan cadangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar audit forensik turut dilakukan ke atas syarikat itu.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas debat perdana antara bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini.

"Seperti yang telah diutarakan dalam Debat Perdana antara dua tokoh politik empat hari yang lalu, syarikat yang pegangan ekuitinya disertai oleh PNB seperti Sapura Energy di mana terdapat lebih 10 juta pemegangan saham amanah, Amanah Saham Nasional (ASN) turut mempunyai kepentingan mesti bantu.

"Sebanyak lebih RM5 billion telah dilaburkan oleh PNB. Syarikat itu menggaji lebih sepuluh ribu tenaga kerja dan lebih tiga ribu vendor terlibat. Tanpa menggunakan dana langsung kerajaan, Petronas sesuai untuk mengambil alih dan melakukan ‘turn-around’ sesegera mungkin.


"Namun, kita bersetuju supaya pengauditan forensik wajib turut dilakukan agar ia lebih telus," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno Khas (EGM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa Umno melihat agenda Melayu dan Bumiputera terus diperkasakan.

"Ini termasuk memperkukuhkan agensi-agensi amanah Bumiputera. Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji, Felda, Mara dan Institusi pegangan ekuiti Bumiputera wajib menjadi agenda utama kerajaan tanpa tunduk dengan tekanan untuk agenda berkenaan dikesampingkan.

Najib dalam debat yang berlangsung di ibu negara pada 12 Mei laluu mencadangkan supaya Petronas menjadi penyelamat kepada Sapura Energy, manakala Anwar mahukan supaya audit forensik dilakukan terhadap syarikat itu.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, Umno dalam sejarah perjuangannya tidak pernah mencetuskan kekacauam serta menjerumuskan negara kepada ketidaktentuan.

"Suka saya tegaskan, Umno tidak mempunyai DNA atau baka untuk mencetuskan kekacauan, yang boleh menjerumuskan negara kepada keadaan tidak menentu.

"Umno punya catatan membangunkan negara. Umno bersejarahkan kemakmuran dan kestabilan. Umno berwajahkan keharmonian dan kesejahteraan.

"Justeru, soal kestabilan, keharmonian, kemakmuran serta kesejahteraan, adalah agenda yang tidak pernah luput, daripada kamus perjuangan Umno," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/621318



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Institusi pegangan ekuiti Bumiputera wajib menjadi agenda utama kerajaan tanpa tunduk dengan tekanan untuk agenda berkenaan dikesampingkan


dikesampingkan tu apa?samping melayu kaka tau laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak pun nk transparent juga.. penjenamaan semula umno?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh sebelum KERAjaan PH bailout sapura aritu kenapa si bangnon tak suruh buat forensik audit dulu? Sebab masa tu milik kroni atok maka tak perlu ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tujuan syarikat besar GLC ini untuk kerajaan bagi vendor bumiputera cari makan,orang melayu cari kerja dan pada waktu sama paksa syarikat tu menaja sesuatu projek atau invest dalam infrastruktur yang tidak menguntungkan atas dasar tanggungjawab korporat. Gomen akan 'melantik' ceo yang dengar cakap mereka. Kalau jenis melawan mungkin akan kena pecat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak skrg desperate hurkeh. Semua dia nk sokong selagi org tu boleh lepaskan dia. Langkah shaitonn tu punca nya dari wak jahid ni jugak la duk cucuk bangnon utk jd piyem dgan sokongan ameno utk lepaskan kes dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang beriya laaa nk selamatkan saporoklaaa nk debat bahas mcm budak2 bagai

Pak mael lambong korang sakan sopping

Siannnn ko dok bahas2 benda sampah while dia enjoy2 bawak duit ringgit sopping raya

Mana xhingget makin jatuh...Malaysia Number 1 yang perabis

Kohkohkoh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pornorogol tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.046137 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list