View: 1206|Reply: 17
|
[Jenayah]
Lagi kes dera kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Suami isteri ditahan disyaki dera anak saudara
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]
Ipoh: Pasangan suami isteri ditahan susulan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka disyaki didera, di sini, hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan suami isteri masing-masing berusia 40 tahun itu dibuat susulan laporan polis dibuat pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada 3.14 pagi tadi.
Beliau berkata, berdasarkan laporan, seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke hospital oleh ambulans, namun disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.
Katanya, bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Patologi, Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan 'multiple blunt injury'.
"Pemeriksaan ke atas badan mayat mendapati terdapat beberapa kesan cedera disyaki akibat didera.
"Polis sudah menangkap suami isteri terbabit yang juga adalah ibu dan bapa saudara mangsa selain mereka juga adalah penjaga kepada mangsa yang tinggal di Ipoh," katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah pada esok (Isnin) bagi permohonan perintah reman untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan S Dasarathan di talian 012-5644484 untuk membantu siasatan.
Disiarkan pada: Mei 15, 2022 @ 11:01pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
302 ko....padan setan nie....
err kes si bainun aper cite ye |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-5-2022 01:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Adik pun kena dera
Balqis Jazimah Zahari
[email protected]
Ipoh: Siasatan polis mendapati suami isteri yang ditahan susulan kematian anak saudara mereka dipercayai akibat didera turut mendera adik mangsa yang kini sedang dirawat di hospital.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak berusia enam tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di sini.
Ketika dihubungi, beliau mengesahkan terdapat kesan kecederaan fizikal lama dan baru pada badan mangsa yang sebelum itu diselamatkan dari sebuah rumah di Desa Pengkalan Bandaraya di sini, kelmarin.
Hari ini media melaporkan, suami isteri yang ditahan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang meninggal dunia disyaki didera semalam direman reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Anis Hanini Abdullah selepas menerima permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Majistret Ipoh di sini.
Pasangan masing-masing berusia 40 tahun yang juga ibu dan bapa saudara mangsa itu direman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Semalam media melaporkan, suami isteri ditahan susulan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka disyaki didera.
Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pada 3.14 pagi.
Berdasarkan laporan, seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke hospital oleh ambulans, namun disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.
Berita berkaitan
Disiarkan pada: Mei 16, 2022 @ 1:20pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mak pak budak ni mana....
|
|
|
|
|
|
|
|
8 tahun dh besar la...tak kan pukul2 lg..adk dia umur berapa la agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak suka bela better la hantar kat JKM jelaa. Dia bela anak2 yatim ke apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-5-2022 06:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Suchi replied at 16-5-2022 04:30 PM
Kalau tak suka bela better la hantar kat JKM jelaa. Dia bela anak2 yatim ke apa?
kalau tak silap, mak pak bebudak ni kat dalam penjara.. |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 16-5-2022 06:36 PM
kalau tak silap, mak pak bebudak ni kat dalam penjara..
Oh patut pun waris dera budak2 tu. Sian dorang mementang makayah kat dlm.
Helok la mak sedara n pak sedara pun ke dalam juga dah bunuh anak buah sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 16-5-2022 06:36 PM
kalau tak silap, mak pak bebudak ni kat dalam penjara..
Allahuakhbar.. Sedihnya.....sapa lah akan jaga si adik lepas ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Bz betul Ketua polis perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid hari ni. Handle 2 kes..satu kes serpihan kuil tu, ni kes dera plak |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-5-2022 08:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Diamje replied at 16-5-2022 07:18 PM
Bz betul Ketua polis perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid hari ni. Handle 2 kes..satu kes serpihan ...
kes hiking kat simpang pulai tu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 16-5-2022 08:53 PM
kes hiking kat simpang pulai tu lagi
Esok pulak kes driver langgar student USAS accident tu kat mahkamah pula. Busy sungguh seminggu dua ni |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 16-5-2022 06:36 PM
kalau tak silap, mak pak bebudak ni kat dalam penjara..
menurut doc yg buat siasat.. bapak kandung dlm jail sbb kes rogol anak kandung.. so arwah ni ada kakak.. mak kandung hilang larikan diri.. sbb tu dijaga oleh mak pak sedara yg belah mak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah kita sesekali menyakiti kanak-kanak |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-5-2022 10:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
fcl29 replied at 16-5-2022 10:11 PM
menurut doc yg buat siasat.. bapak kandung dlm jail sbb kes rogol anak kandung.. so arwah ni ada k ...
banyak sangat kes dera sampai i pun confused.. yang both parents dalam penjara tu kes dera dekat taman dagang, ampang thanks betulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca news dalam negara boleh buat kita kemurungan |
|
|
|
|
|
|
|
fcl29 replied at 16-5-2022 10:11 PM
menurut doc yg buat siasat.. bapak kandung dlm jail sbb kes rogol anak kandung.. so arwah ni ada k ...
Aduh disturbing betul yach kisah family ni
Sakit hati dan stress baca kisah2 sosial camni |
|
|
|
|
|
|
|
sedih dan kesian.anak2 jd mangsa..mak bapa bermasalah,ingat mak dgn bapa saudara bole tlg jaga kan..rupanya2 lg jahat dan mendera pl tu..sedih nasib anak2 yg dpt family mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|