CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 2

[Dunia] Peniaga bakso Jawa kerugian difitnah dalam aplikasi TikTok

[Copy link]
Post time 16-5-2022 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 16-5-2022 01:57 PM

JAKARTA: Persatuan Pedagang Mi dan Bakso Indonesia (Papmiso) mengakui pendapatan peniaga mereka di Karawang, Jawa Barat jatuh sebanyak 30 hingga 40 peratus.

Ia berikutan satu video yang tular dalam media sosial mendakwa peniaga bakso menggunakan daging tikus untuk menghasilkan bebola daging dan menjualnya.

Memetik laporan Tribunnews.com, video itu terbukti palsu berdasarkan hasil ujian makmal dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan Karawang.   

Meskipun dikecam hebat, Ketua Papmiso Indonesia, Bambang Haryanto memaafkan pemilik akaun, @leogirl631 yang memuat naik video bakso berkenaan.

Malah, kata beliau, pihaknya juga tidak akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan video bebola daging dikaitkan dengan daging tikus itu.

“Sebagai warga Timur, kami tidak akan ambil tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun TikTok itu. Kami sudah memaafkannya,” katanya.

Menurut Bambang, kesan video palsu itu menyebabkan peniaga bakso di Karawang kerugian kira-kira 30 hingga 40 peratus pendapatan selama empat hari sejak ia mula menjadi tular.

Justeru, beliau berharap agar pendapatan dan nama baik peniaga bakso akan pulih seperti biasa selepas hasil ujian makmal tersebut.

“Semoga hasil ujian ini dapat mengembalikan semangat peniaga bakso dan para pelanggannya,” katanya.   

Sementara itu, Ketua Polis Karawang, Aldi Subartono mengesahkan hantaran di media sosial yang mendakwa wujudnya bakso daging tikus di wilayah itu adalah tidak benar.

“Ujian sampel baki bebola daging yang dimakan oleh seorang penduduk sepertimana disiarkan dalam media sosial dan sampel dari lokasi penjual bakso menunjukkan negatif untuk daging tikus,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama psal daging tikus tu..kalau xdaging tijus depa buh khinzir. Itu utk non muslim..tp xmustahil jga peniaga muslim memandangkan obses mereka megejar duit. Indon nothing is impossible. Klu nk makan bakso buat sdri beli meatball ramli buat sop dari tulang fresh then campakla bahan2. Senang ja buat asalkan sambal dia tu cili padi buh cuka skit dgn kicap manis. Perah limau. Jgn beli kt lt peniaga nmpk kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kartel daging kangaroo buat rendang raya kt msia yg xde apa2 tindakan jakim tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.076943 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list