CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 759|Reply: 7

[Tempatan] Hujan lebat hampir di semua negeri petang ini

[Copy link]
Post time 16-5-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan 12 negeri petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk tersebut dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti.

“Amaran dikeluarkan melibatkan keseluruhan kawasan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Di Perak membabitkan Hulu Perak, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Kelantan bagi kawasan Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) manakala di Terengganu melibatkan Besut dan Setiu.

“Turut terlibat iaitu Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor.

“Di Sarawak, hujan lebat dikatakan hanya tertumpu di bahagian Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri),” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2022/05/16/hujan-lebat-hampir-di-semua-negeri-petang-ini-2/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
area i ni hujan lebat dari pkl 12 smpai pkl 3lbh ko.lepas tu slowly reda smpai skrg dok renyai2 lagi. Alhamdulillah sejuk sikit tp jgn la over sgt mai mcm2 plak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 06:01 PM | Show all posts
syamzana replied at 16-5-2022 06:00 PM
area i ni hujan lebat dari pkl 12 smpai pkl 3lbh ko.lepas tu slowly reda smpai skrg dok renyai2 lagi ...

sama lah kita.  Tapi renyai2 sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih rela hujan dari panas terik, kemarau
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak hujan kalu, memang gersang dan tandus
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
yeee sejukk besh..lps isyak trus tdo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan lebat ptg. Skang dah brhenti. Alhamdulillah. Hrp xdela bnjir kilat
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 09:10 PM | Show all posts
Aku cuma perlu 3-4 days of sun a month.

Hari2 lain nak hujan pun hujan lah. Aku suka ja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.490454 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list