CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

[Dunia] Bekerja dari rumah jejas kualiti pekerjaan

[Copy link]
Post time 16-5-2022 10:17 PM | Show all posts |Read mode

Fokus dan tumpuan pekerja ketika di rumah mungkin berkurangan disebabkan gangguan dari anak dan hal peribadi. - Bitrix24

Bekerja dari rumah jejas kualiti pekerjaan

LONDON – Setiausaha Perniagaan Britain, Kwasi Kwarteng menyokong gesaan Perdana Menteri Boris Johnson untuk menamatkan budaya bekerja dari rumah, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Kwarteng berkata, bekerja di rumah terlalu lama menyebabkan kakitangan kurang motivasi, terlalu selesa dan menjejaskan kualiti pekerjaan.

“Antara isu paling jelas adalah daya tumpuan dan fokus kita ketika bekerja di rumah dan di pejabat adalah tidak sama.

“Saya fikir itu adalah perkara yang munasabah untuk dikatakan kerana ramai orang turut berpendapat mereka bekerja lebih baik di pejabat,” kata Kwarteng.

Johnson sebelum ini mengakui beliau sendiri agak bergelut ketika bekerja dari rumah ketika pelaksanaan perintah berkurung akibat Covid-19.

Beliau menerangkan bagaimana dirinya menghabiskan banyak masa dengan membancuh secawan kopi, mengunyah kepingan keju dan akhirnya terlupa senarai pekerjaan sebenar yang perlu diselesaikan pada hari itu. – Agensi

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -kualiti-pekerjaan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.040814 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list