CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 11

[Tempatan] Penerbangan MAS dilencongkan, penumpang terkandas tak puas hati

[Copy link]
Post time 17-5-2022 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-5-2022 01:51 PM

Bayan Lepas: Penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) terkandas hampir lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, selepas pesawat mereka dilencongkan kerana cuaca buruk.

Penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur yang dinaiki 191 penumpang itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 11 pagi.

Bagaimanapun, ia terpaksa dilencongkan atas faktor cuaca dan mendarat di LTAPP.

Seorang penumpang, Tariq Farouk Abdul Basir mendakwa, dia kesal dengan prosedur syarikat terbabit yang tidak memberikan maklumat jelas berhubung kelewatan itu selepas pesawat mereka dilencongkan.

Malah, beliau turut mendakwa penumpang dibiarkan berada di dalam pesawat hampir lima jam tanpa diberi makanan selain air ketika diminta.

"Sepanjang tempoh itu, pihak berkenaan tidak memberi maklumat tepat mengenai punca pesawat itu terkandas selain maklumat yang diberikan tidak jelas.

"Selepas hampir lima jam barulah kru kapal memberitahu berlaku isu teknikal dan kami akan ditempatkan di hotel, sementara menunggu penerbangan semula ke KLIA pada jam 2 atau 3 pagi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Tariq Farouk, dia juga tidak dapat menghubungi keluarga yang sudah menunggu di KLIA kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri manakala pengecas pula berada dalam kargo bagasi.

Sementara, penumpang yang mahu dikenali sebagai Muhammad pula berkata, dia terpaksa menunda mesyuarat berkaitan perniagaan di Manila, Filipina kerana masih terkandas di Malaysia selain terpaksa menanggung kerugian pembelian tiket penerbangan berharga RM3,000.

"Diharap pihak MAS dapat mengambil kejadian ini sebagai pengajaran supaya nasib yang menimpa kami hari ini tidak berulang kepada penumpang lain di masa depan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Nadzim Hashim ketika dihubungi mengesahkan terdapat pesawat yang sepatutnya mendarat di KLIA dilencongkan ke LTAPP atas faktor cuaca.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/842532/tersadai-hampir-5-jam-di-ltapp-metrotv






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 10:07 AM | Show all posts
hampir 5 jam.. ayooo dgn tingkap x leh buka... penin
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:25 AM | Show all posts
Faktor 'cuaca' tu perlu dikorek lagi.

Ada gempa bumi sampai KLIA tutup ka?

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:55 AM | Show all posts
aku pernah terkandas dalam flite MAS dari langkawi ke KL selama 3 jam setengah. Masa tu kapal nak nak naik dah, tapi disebabkan angin kuat, pilot kata tak boleh terbang lagi...

sib baik ekon elok...tapi memang jah, kalau tak minta air mineral ke apa ke, memang pramugari tu buat derk je jah...

kena minta baru bergerak kot hati dan perasaan pramugari tu nak mengulur apa-apa, kacang ke apa ke...kalau ko senyap je jah, depa ingat ko tak dahaga

tapi nak buat macam mana, faktor cuaca bukan MAS boleh kawal pun, sabar je la ya, asalkan selamat sampai ke destinasi pun dah syukur alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 02:16 PM | Show all posts
musim ribut eh sekarang...sana sini ribut
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 02:28 PM | Show all posts
asudau replied at 17-5-2022 10:55 AM
aku pernah terkandas dalam flite MAS dari langkawi ke KL selama 3 jam setengah. Masa tu kapal nak na ...

naik mas / firefly ke ok lagi kalau masalah cuaca mcm ni kita minta air / jajan diorg bg free flow mmg ada standby tapi on request la. bayangkan AA, kena beli bhai, then stock pon terhad..... iols rasa chaos dlm cabin semua penumpang jadi zombie berebut makanan dlm troli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2022 06:29 PM | Show all posts
Maki kerap pulak kejadian macam ni terjadi tak kira dari syarikat penerbangan mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm cuaca teruk...nak terus ke klia, bersediakah nak dilambung angin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 06:54 PM | Show all posts
sehari dua ni memang cuaca agak menakutkan ... tetiba hujan lebat .. tak kira siang malam .. kadang2 nak subuh baru la hujan selebat2nya
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 07:04 PM | Show all posts
penumpang marah pasai no update
tersadai gitu ja dalam plane opkos ler terpinga2
mamat tu buatlah muka sedih pinjam sat tepon orang sebelah
orang depan orang belakang untuk tepon jap famili
bab meting kansel tu alahai nyawa lagi berhargalah
kalau sampai awal tapi mayat nak ke?
apa pun situasi bila dalam keadaan tidak tahu apa2 yg berlaku
sangatlah menyakitkan dan stress gila babeng
...pernahkenadenganaatersadai3jamdalamplanesebabpenutuppamminyakplaneilangontahmana
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Air Langka tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Kegagalan mendarat Di KLIA kerna cuaca buruk.

2. Dilencongkan ke Pulau Pinang.

Apa Aku lalui dulu, Sama. Bezanya short flight dari Singapore ke KL, timing ETA 6.15 Dan Naik tren utk buka puasa Di KL.

Bila kat Penang, nak keluar utk isap rokok atau Beli air Pon tak boleh sbb international flight. Dok berkurung dlm ketebang dari magrib sampai dlm kol 10.30.

Ujung2 keluar kLiA hampir pukul 12.

To make matters worse, ribut punya pasal satu teksi/limo Pon takde.

Naik ERL (pakai tng). Kene turun kat putrajaya sbb laluan terhalang, pokok tumbang.


Mmg satu punya cabaran mlm Tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.148752 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list