CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 11

Wanita Cecah Usia 128 Tahun, Amalkan Minum Susu Dan Makan Bayam Liar

[Copy link]
Post time 17-5-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita Afrika Selatan yang kini berusia 128 tahun mendakwa susu dan bayam liar yang sering dimakan, antara faktor hayatnya panjang.


Malah dia dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia.


Mengimbau kehidupan zaman mudanya, Johanna Mazibuko berkata, dia dilahirkan di ladang jagung dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik.




Foto: Mirror.co




Tambahnya, tiga daripada adik-beradiknya itu masih hidup sehingga kini.


"Kehidupan kami sangat baik di ladang... tiada masalah.


"Seperti serangan belalang suatu ketika dulu, kami tangkapnya dan memasak untuk dimakan. Rasanya seperti makan daging," katanya yang sambut ulang tahun kelahiran pada 11 Mei lalu.


Menurutnya, pada masa itu, dia sekeluarga hanya menikmati susu segar dan bayam liar sebagai makanan utama.


"Sekarang, saya makan makanan moden. Saya sudah biasa dengannya, tetapi saya merindui makanan yang saya dibesarkan," luahnya.


Pendengaran Johanna semakin berkurangan tetapi dia masih boleh melihat dan bergerak sekitar rumah walaupun perlahan. -CARI


Sumber: mStar/ Mirror.co
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
X naklah hidup lama2..klu dah habis hutang dan amal dah cukup..mudah2an blh pergi dgn tenang
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 02:30 PM | Show all posts
jas7512 replied at 17-5-2022 02:06 PM
X naklah hidup lama2..klu dah habis hutang dan amal dah cukup..mudah2an blh pergi dgn tenang

sadisnya hidup semata nak bayar hutang.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 04:01 PM | Show all posts
untung ke malang dpt hidup lama-lama ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik kat kg aku umur 90 dah bosan dah hidup. Hari hari dia harap dia mati
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 04:09 PM | Show all posts
Orix replied at 17-5-2022 02:30 PM
sadisnya hidup semata nak bayar hutang.........

.. sadisnya komen

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2022 04:10 PM | Show all posts
annadonna replied at 17-5-2022 04:04 PM
Pakcik kat kg aku umur 90 dah bosan dah hidup. Hari hari dia harap dia mati

wow.. tak dapat nak selam fikiran orang yang dah tua mcm tu. entah apa yang difikirnya. barangkali sebab badan dah tak dapat menikmati nikmat hidup sama seperti muda-muda tu yang rasa dah tak ada guna untuk hidup atau .. entah apa

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 04:13 PM | Show all posts
Makan makanan segar tampa bahan pengawit atau racun serangga perosak pastinya lebih sedap dah lebih sihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 04:15 PM | Show all posts
annadonna replied at 17-5-2022 04:04 PM
Pakcik kat kg aku umur 90 dah bosan dah hidup. Hari hari dia harap dia mati

Mungkin sebab tak ada yang berusia sebayanya tinggal berdekatan kalau ada dan masih ramai pasti berbeza luahannya
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo hidup hepi2 diklilingi ank cucu cicit yg masih hidup n caring then nothing wrong pun klau nk idop even 150thn pun..cthnya kes nenek ni lah mgkin
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 08:43 PM | Show all posts
aku tak harap hidup menongkat langit cuma nak sihat ke akhir hayat tapi tak nak mati accident boleh?

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 08:45 PM | Show all posts
annadonna replied at 17-5-2022 04:04 PM
Pakcik kat kg aku umur 90 dah bosan dah hidup. Hari hari dia harap dia mati

Kalau bedridden biasanya begitulah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055054 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list