CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 593|Reply: 6

[Tempatan] Isu buruh asing meragukan, dikawal?

[Copy link]
Post time 17-5-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-5-2022 07:10 PM


Isu buruh asing meragukan, dikawal?

Abdullah Abu Bakar


  • Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
  • 17 Mei 2022, 8:01 am


KUANTAN: Isu membabitkan kemasukan buruh asing termasuk di tanah rancangan Felda yang tertangguh sejak sekian lama menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan seolah-olah ia ‘dikawal’ oleh pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Masalah itu sudah menjadi isu lapuk dan seolah-olah tidak dipandang serius oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM) Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, rundingan demi rundingan dan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan negara sumber telah dibuat tetapi hasilnya belum ada malah sudah berlanjutan agak lama.

“Amat memalukan kerajaan Keluarga Malaysia andainya isu buruh asing ini gagal ditangani segera.

“Hairan, pelik dan menjadi tanda tanya dalam kalangan pekebun kelapa sawit termasuk agensi pekerjaan swasta bertauliah. Apa yang susah sangat hendak selesaikan kemelut ini (pekerja asing)?,” soalnya di sini semalam.

Baru-baru ini, kecurian buah tandan segar (BTS) di tanah rancangan Felda termasuk di Wilayah Jengka di sini semakin membarah dan membimbangkan berikutan kekurangan buruh asing sejak lebih dua tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beberapa peneroka secara sinis berkata, isu kekurangan buruh asing begitu ‘riuh’ diperkatakan di negara ini tetapi natijahnya ‘tang tu juga’ dan masalahnya tidak pernah selesai setakat ini.

Menurut mereka, kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh pihak berkaitan industri itu bagaikan ‘tiada lagi bisanya’ walaupun terdapat usaha untuk
mengatasinya tetapi setakat ini masalah di lapangan tidak pernah selesai.

Sebelum ini, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, industri sawit negara berisiko ketinggalan dengan pesaing yang lain jika urusan pengambilan buruh asing untuk bekerja di sektor komoditi itu terus perlahan dan tidak disegerakan.

Pada masa ini, sektor sawit memerlukan kira-kira 50,000 pekerja bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam komoditi tersebut yang disifatkan kritikal masa ini.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, tindakan pantas dan bersepadu diperlukan supaya buruh asing segera berada di ladang berikutan isu terbabit telah berlanjutan hampir dua tahun.

“Peneroka Felda bulan sahaja terkesan minda akibat pandemik Covid-19 tetapi juga emosi mereka kekurangan tenaga buruh asing di ladang sawit.

“Walaupun harga BTS pada paras tinggi sekitar RM1,500 satu tan metrik tetapi ada buah sawit membusuk di pokok kerana tiada penuai,” katanya.

Beliau berkata, jika masalah pekerja asing gagal diselesaikan dalam masa terdekat, ia akan menyebabkan industri sawit negara terus berdepan dengan masalah tuai buah yang meruncing. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2022 11:11 AM | Show all posts
Kenapa pula nak guna Warhawk asing?

Orang Malaysia ramai apa!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tak majukan mesin yang boleh di guna kat ladang kelapa sawit? petik buah sawit pon jolok pakai tangan. angkat tandan kelapa sawit masuk lori pon pakai tenaga manusia.cuba la buat lori yang ada escalator.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:26 AM | Show all posts
angelofish replied at 17-5-2022 11:22 AM
kenapa tak majukan mesin yang boleh di guna kat ladang kelapa sawit? petik buah sawit pon jolok paka ...

betul betul betul...patut ke arah agro innovation, mengurangkan tenaga kerja berat (3D) utk elak kemasukan pekerja asing (dah kebanjiran pun).
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:02 PM | Show all posts
Pada masa ini, sektor sawit memerlukan kira-kira 50,000 pekerja bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam komoditi tersebut yang disifatkan kritikal masa ini.


tapi import 500k...... 450k nanti akan hilang dan boleh ditemui di premis2 perniagaan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:07 PM | Show all posts
angelofish replied at 17-5-2022 11:22 AM
kenapa tak majukan mesin yang boleh di guna kat ladang kelapa sawit? petik buah sawit pon jolok paka ...

teknologi mcm tu mahal,
kita lebih suka guna cara lama,guna sabit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
melampau sgt nk bwk masok sampai setgh juta umat tu. yg ade pn bersepah sampai mampu bukak kedai sendiri. bersepah2 sampai pihak berkaitan bebuat tak nampak.

ade pulak pengganti wak jahid bwk masok ramai2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047602 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list