View: 968|Reply: 7
|
[Dunia]
From zero to hero: Dipilih Sebagai ‘Bidan Terjun’ Lompat Bergalah Untuk Sukan Sea, Nor Sarah Raih Pingat Emas Ke-19 Negara
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 17-5-2022 11:59 AM
Nor Sarah Adi berjaya merangkul pingat emas ke-19 buat kontinjen negara menerusi acara lompat bergalah pada temasya Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, semalam.
Atlet dari Pahang ini berkata emas dalam acara lompat bergalah sama sekali tidak dijangka memandangkan dia ke sini untuk menyertai acara 4×100 meter (m).
Saya layak untuk 4x100m tetapi menerima peluang untuk menyertai acara lompat bergalah. Tentunya peluang sebegini tidak selalu dapat dan saya mahu menjanjikanyang terbaik walaupun berdepan kekangan masa untuk berlatih (lompat bergalah).
Saya juga mengalami kecederaan belakang pada minggu lalu namun Alhamdulillah segalanya sudah diatur sebaiknya oleh tuhan. Saya nak melakukan yang terbaik juga dan syukur dapat melakukan lompatan 4m sekali gus memperbaiki catatan peribadi terbaik saya. Saya juga rasa seperti bermimpi apabila memenangi pingat emas ini.
Menerusi laporan Astro Arena, Sarah terpilih sebagai bidan terjun lompat bergalah dan menjalani latihan bersama Coach Mansahar selama 4 minggu sebelum sertai Sukan SEA. Meskipun hanya berlatih selama 4 minggu, usaha yang dilakukan oleh Sarah ternyata berbaloi kerana berjaya merangkul pingat emas semalam.
Sarah meraih emas dengan lompatan 4m manakala perak dimenangi atlet Thailand, Chonthicha Khabut (3.80m) dan gangsa dibawa pulang Alyana Joyce Nicolas Martinez dari Filipina, 3.60m.
Sumber: Astro Arena
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tahniah dik! tak sesia berlatih 4 minggu. Mesti happy giler. |
|
|
|
|
|
|
|
atlet anak emas 2 bulan sebelum dh p obersea berlatih..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dik. Teringat sergei bubka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wowwww powerrrrr!!!
Semoga dia dapat imbuhan setimpal dan dibery latihan sewajarnya sebab dia amatlah talented! Bukan senang nak lompat galah and bukan senang nak menang medal and GOLD lak tu! |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni last runner 4x100.. masa kt zaidah dpt nombor 2.. tp sarah tk dpt kekalkn jd dpt la gangsa. penat kot sbb menggalah sebelum tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bangga macik nengok
The real athlete |
|
|
|
|
|
|
| |
|