View: 730|Reply: 1
|
Nekad Elak Bayar Tol, Pemandu Tak Peduli Operator Tol Berpaut Depan Lori
[Copy link]
|
|
Pada masa kini, ada pelbagai karenah berlaku di jalan raya di seluruh dunia. Dari pemandu yang tidak memberikan lampu isyarat ketika masuk selekoh, sehinggalah memandu secara bahaya dan banyak lagi perkara yang berlaku di jalan raya.
kredit foto: TikTok
Petikan dari Mekanika, baru-baru ini ada video tular di Youtube yang memaparkan seorang operator tol berpaut pada bahagian hadapan sebuah lori.
Kelihatan pemandu itu terus memandu tanpa mengendahkan keselamatan operator terbabit.
Difahamkan, pembaca RFID itu tidak berfungsi di pondok tol tersebut, jadi operator tol cuba mencapai "fastag" di lori berkenaan tetapi pemandu lori tersebut terus memecut keluar dari pondok tol ketika dia berpaut di hadapan bumper lori.
Malah, dia memandu sejauh beberapa kilometer sebelum memberhentikan kenderaan apabila operator tol tersebut memaklumkan kepada pihak polis tentang pemandu lori itu.
Ekoran kejadian, pemandu berkenaan berjaya diberkas pihak polis dan mengaku kepada pihak berkuasa dia melakukan tindakan itu kerana mahu mengelak membayar tol. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
yang berpaut tu kalau tak dapat bonus setahun tak tau lah nak kata |
|
|
|
|
|
|
| |
|