CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 0

Thailand masih jauh tinggalkan Malaysia

[Copy link]
Post time 18-5-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA aksi perlawanan akhir antara regu sepak takraw lelaki membabitkan Malaysia dan Thailand di Sukan Sea semalam. FOTO Bernama

Hanoi: Dua perak yang diraih skuad sepak takraw negara setakat ini di Sukan Sea Vietnam jelas sekali membuktikan bahawa kita masih lagi ketinggalan di belakang Thailand, namun dalam masa tekong negara, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican mengakui negara lain juga tidak boleh diketepikan terutama dalam acara berpasukan dan antara regu lelaki.

Menurutnya, hari demi hari negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam semakin meningkat walaupun kesemuanya berjaya diketepikan Malaysia dalam perebutan pingat perak.

"Apa yang kita dapat tengok di sini ialah persaingan yang dipamerkan, di mana masing-masing cuba untuk membuktikkan ranking masing-masing di sini. Jadi kita tidak mahu leka dan cuba buat yang terbaik serta belajar dari kesilapan," katanya.

Ujar pemain berusia 20 tahun itu, secara peribadi selepas berakhir saingan antara regu semalam, dia mengakui banyak lagi yang perlu dipelajari walaupun ini adalah penampilan keduanya di temasya dwi tahunan berkenaan.

"Di sini saya dapat melihat kemampuan pemain lawan. Saya masih muda dan banyak lagi perlu belajar dalam sukan ini. Hasrat saya sebenarnya ingin meraih sekurang-kurangnya satu emas di bumi Vietnam namun tidak ada rezeki," katanya.

Sementara itu, skuad takraw lelaki negara meneruskan saingan di temasya ini dengan turun beraksi dalam acara beregu dan berjaya menumpaskan Indonesia 2-0 sebentar tadi di Gimnasium Hoang Mai.

Gandingan Aidil Azman Azwawi dan Noraizat Mohd Nordin tidak berdepan masalah untuk mengalahkan pasangan, Muhammad Hardiansyah Muliang-Saiful Rijal 21-19, 21-8.

Kemenangan berkenaan meletakkan pasangan negara di laluan cerah untuk mara ke separuh akhir dan sekurang-kurangnya membawa pulang gangsa.

Mereka dijangka tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Kemboja esok sekali gus muncul juara Kumpulan E dan berdepan dengan naib juara Kumpulan D yang menampilkan Myanmar, Laos, Filipina dan tuan rumah Vietnam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tinggalkan-malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.263606 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list