View: 820|Reply: 9
|
Bertahun Cuba Lompat Jauh, Netizen Sebak Cikgu Bantu Capai Impian Murid OKU
[Copy link]
|
|
Sumber: Tiktok Haikal
Tidak semua orang dilahirkan sempurna. Kadang-kala, kekurangan pada diri seseorang menyebabkan mereka sukar menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Tetapi, masalah itu akan dapat diselesaikan jika mereka mendapat bantuan dan sokongan daripada orang sekeliling. Itulah yang terjadi dalam kisah ini yang memberi inspirasi kepada ramai orang.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai Haikal Ackn, menunjukkan situasi riuh apabila sekumpulan murid sekolah rendah sedang bersukan dalam acara lompat tinggi.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan netizen adalah seorang pelajar OKU yang kelihatan berlari untuk mencuba aktiviti lompat tinggi itu.
Suasana yang riuh pada awalnya bertukar sebak apabila seorang guru setia menunggu pelajar itu di palang lompat tinggi. Dia membantu pelajar itu untuk melepasi palang tersebut dan menerima sorakan daripada para pelajar lain.
Siapa sangka akhirnya impian pelajar tersebut akhirnya tercapai denga pertolongan guru itu selepas hampir beberapa tahun mencuba.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dan terharu apabila melihat tindakan guru itu kerana tidak membuatkan pelajar berkenaan berasa 'terasing' dek fizikalnya yang tidak sempurna. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamak..tetiba iols rasa mata ni berair pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu la cikgu..garang cmne pun..dlm ati ad taman. |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik guru...Selamat Hari Guru |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya ramai cikgu yg baik mcm ni
yg hawau tu segelintir je |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti murid seronok dapat guru sepertinya |
|
|
|
|
|
|
|
org hati baik je layak jadi cikgu |
|
|
|
|
|
|
|
murid ppki ni. bila merentas desa cgu nya pun lari sama. ada yg tolak kerusi roda. janji sama dirai di garisan penamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|