CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 3

Peperiksaan Tergendala, Ramai Pengawas Takut Dijangkiti Covid-19

[Copy link]
Post time 19-5-2022 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Peperiksaan di sekolah Britain bakal tergendala disebabkan kekurangan pengawas peperiksaan untuk menyelia peperiksaan pada musim panas ini.


Dilaporkan, pengawas peperiksaan enggan hadirkan diri kerana takut dijangkiti Covid-19.




Gambar hiasan/PA




Memetik laporan Daily Mail, Persatuan Pemimpin Sekolah dan Kolej (ASCL) menegaskan kekurangan itu perlu diatasi segera dengan digantikan oleh kakitangan lain dan ibu bapa pada masa tertentu.


ASCL juga berpandangan isu kekurangan pengawas peperiksaan disebabkan sama ada mereka sudah mendapat pekerjaan baharu atau bimbang dijangkiti Covid-19 di sekolah.


Setiausaha Agung ASCL, Geoff Barton berkata, kekurangan pengawas peperiksaan menyebabkan sekolah terpaksa melatih kakitangan mereka sendiri untuk melakukan tugasan tersebut.


“Ia jelas menunjukkan terdapat kesukaran untuk merekrut pengawas peperiksaan yang mencukupi.


“Saya rasa sekiranya kit Covid-19 diberikan secara percuma kepada pelajar yang menduduki peperiksaan, sudah tentu ia akan meyakinkan kakitangan itu.


“Justeru, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini,” katanya.   


Sementara itu, Kementerian Pendidikan memaklumkan pihaknya yakin pengurusan sekolah mampu mengatasi masalah tersebut.


Kementerian juga menegaskan pihak pengurusan sekolah sudah tentu mempunyai perancangan kukuh untuk menangani isu berkenaan.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengawas2 dan pentaksir2 SPM di tanahair tawakal aje.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-5-2022 08:25 AM
Pengawas2 dan pentaksir2 SPM di tanahair tawakal aje.

Alhamdulillah..setel dah spm 2021...bila kuar result ticer?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 19-5-2022 12:39 AM
Alhamdulillah..setel dah spm 2021...bila kuar result ticer?

Akhir bulan Jun keluar dah rasanya. If not, awal Julai. Sebab bulan September gitu biasanya kemasukan pi IPTA dah. Pemeriksa soalan kena pressured periksa paper cepat2. Kalau dulu, ada la 3-4 minggu masa pemeriksa2 ni siapkan periksa kertas siap berkampung di hotel dalam 2 minggu terakhir memeriksa tu untuk tujuan penyelarasan. Zaman Covid ni, 2 minggu je tempoh diberi untuk periksa. Huhu.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069792 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list