View: 1310|Reply: 14
|
[Tempatan]
Ustaz Kasim Elias: Ini bukan marketing, saya sudah tak tahan
[Copy link]
|
|
Ini bukan marketing, saya sudah tak tahan’- Kazim Elias
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -tahan-kazim-elias/
Oleh HARRITH HISHAM
19 Mei 2022, 10:12 am
Ustaz Kazim berkongsi gambar keadaan mukanya menerusi satu hantaran di laman sosial hari ini.
Demikian luahan pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim bagi menjelaskan keadaan kesihatannya ketika ini.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, Ustaz Kazim berkata, meskipun dilabel sombong kerana tidak beramah mesra bersama pendengar seperti dahulu, beliau tetap tabahkan hati.
“Terima kasih atas ribuan yang komen. Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan selama lapan bulan, saya tak boleh sembunyi lagi dari orang ramai.
“Inilah keadaan muka saya dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak ramai. Bukan hanya di muka tetapi di seluruh badan. Ia boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah,” katanya.
Menurutnya, beliau kini memerlukan pertolongan dari sesiapa sahaja mahupun doktor daripada perubatan alternatif untuk merawatnya.
“Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sembunyikan. Saya juga tidak boleh tidur sejak berbulan yang lepas.
“Saya dah berusaha berubat banyak tempat, tetapi masih belum diberi keizinan oleh Allah. Saya bimbang keadaan saya ini akan menghilangkan saya daripada dunia dakwah,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi sesi Live pagi ini, Ustaz Kazim menegaskan kepada orang ramai bahawa apa yang terjadi kepadanya bukanlah ‘gimik’ semata-mata.
“Jadi itulah keadaan diri saya. Saya bukan nak marketing, berlakon dan prank ke. Ini semua nyata bahawa saya telah disihir,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
eh kenapa kulit dia jd gtu, seara sainsnya sakit ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Make up je kan?
Ke aku salah info?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak paham la aku, kes make up ni utk filem dia tu, tapi dlm masa yg sama dia bagitau masih sakit |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 19-5-2022 10:43 AM
Make up je kan?
Ke aku salah info?
Yg i faham mekap untuk kurangkan nampak benda alah tu |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak buat filem ke, marketing ja lah ya, kang betul2 sakit tak sembuh2 baru tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
awal2 dia kata bukan marketing,
betul la dia sakit,sape la gamak buat cmtu |
|
|
|
|
|
|
|
Pening la.. kejap kata sakit.. kejap dimakeup utk filem apoooo?? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ustaz ni mula2 nya tunjuk penyakit kt lengan tu.... kata sakit tk tahan dh... bila org tahu yg tu mekap... org kutuk dia..
dia pun keluarkan kenyataan lain yg dia betul2 sakit... yg tunjuk muka bintik2 tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau sakit takyah beria ria berlakon...
suruh jer pelakon mana2 jadi dia dlm filem tu, tulis filem berdasarkan kisah benar..
ni gigih nak berlakon, pastu tunjuk tangan kena special effect makeup bagai nak kiaskan pasal sakit
sudahnya bergaduh la netizen2 ni psl isu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah...bila kantoi mulalah kata sakit dia masih berpanjangan, cuma benda tak betul bab tangan tu janganlah nk minta2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Time nak berlakon tak sakit pulak kan |
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 20-5-2022 08:16 AM
kalau sakit takyah beria ria berlakon...
suruh jer pelakon mana2 jadi dia dlm filem tu, tulis filem ...
Abisss...bila lg nak jadi hero pilem |
|
|
|
|
|
|
| |
|