View: 1045|Reply: 14
|
[Tempatan]
Tiket muzium naik: Keluarga besar kena fikir dua, tiga kali. #5, Kenaikan harga tiket muzium selaras pembaharuan
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 19-5-2022 02:39 AM
Tiket muzium naik: Keluarga besar kena fikir dua, tiga kali
https://www.utusan.com.my/nasion ... ikir-dua-tiga-kali/
Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
19 Mei 2022, 9:17 am
HARGA baharu tiket Kompleks Muzium Samudera yang terletak di Banda Hilir, Melaka dianggap berbaloi oleh para pelancong kerana bayaran RM10 dikenakan bagi kemasukan ke empat muzium lain. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
MELAKA: Harga tiket baharu untuk tiga buah muzium di Melaka iaitu Muzium Kapal Selam, Muzium Kesultanan Melaka dan Perkampungan Hang Tuah dilihat membebankan pengunjung yang memiliki keluarga besar.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Banda Hilir mendapati, rata-rata pengunjung berpendapat kemasukan ke tiga muzium berkenaan membebankan bagi pelancong yang berkeluarga, namun tidak menjadi masalah kepada individu bujang.
Seorang pengunjung, Alif Abu Bakar, 35, berkata, perbelanjaan besar perlu dikeluarkan apabila kenaikan antara RM2 hingga RM4 bagi warganegara, sementara RM8 hingga RM4 untuk bukan warganegara, mula dikuatkuasakan 1 Jun ini.
“Individu bujang tiada masalah, tetapi bagi yang mempunyai anak ramai pasti terasa dengan kenaikan berkenaan. Nak masuk pun fikir dua, tiga kali.
“Berbeza tiket Kompleks Muzium Melaka dan Kompleks Muzium Samudera yang saya anggap masih berbaloi apabila harga RM10 adalah untuk kemasukan ke enam dan empat muzium lain. Saya berharap pihak berwajib dapat menyediakan diskaun sesuai untuk pengunjung yang datang bersama keluarga dan rombongan yang ramai,” katanya ketika ditemui.
ALIF ABU BAKAR
Harga baharu itu membabitkan lima muzium bagi semua kategori pengunjung termasuk pelancong asing dengan kenaikan antara RM2 hingga RM10.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan, hampir separuh daripada 26 galeri dan muzium yang beroperasi selaku pempamer warisan kebudayaan dan sejarah di Melaka menanggung kerugian, meskipun masih beroperasi.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dalam sesi jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Mac lalu.
NUR FARIHIN WAHAB
Seorang lagi pengunjung, Nur Farihin Wahab, 35, berpendapat, harga baharu itu relevan dan tidak membebankan pelancong meskipun meningkat sehingga 100 peratus.
Katanya, harga tiket ke Kompleks Muzium Melaka dan Kompleks Muzium Samudera dianggap berbaloi kerana ia merangkumi kemasukan ke beberapa muzium lain.
“Harga masih lagi munasabah kepada pelancong yang tahu menghargai nilai sejarah. Bagaimanapun, kenaikan ini perlu setimpal dengan harga tiket yang dibayar seperti menyediakan kandungan atau pameran baharu termasuk menjadikan muzium lebih interaktif.
“Selain itu, pastikan juga muzium selesa untuk dikunjungi dengan menaik taraf kemudahan seperti tandas, kawasan pameran dan penghawa dingin,” katanya. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
muzium melaka tak OKU friendly. jalan2 bawak mak dulu tak leh masuk pasal semua bertangga. mak iolz naik wheelchair.
round2 atas jalan je lah......
early 2010 dulu. harap2 dah 2020an ni dah upgrade la. negeri pelancongan kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni apa yg tak naik, bagi keluarga yg anak ramai akan pikir bila nak masuk mazium ni. |
|
|
|
|
|
|
|
buat naik tiket mahal2 buat ape la... bukan tetiap bulan kena bayar baiki kerosakan dlm tu.. ntah la kalau kurang pengunjung nt harap boleh bg harga yg lbh rendah, kesian pengunjung yg ahli keluarga ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenaikan harga tiket muzium selaras pembaharuan – Perzim
https://www.utusan.com.my/nasion ... pembaharuan-perzim/
Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
19 Mei 2022, 9:27 am
MUZIUM Kesultanan Melaka di Banda Hilir, Melaka yang dinaik taraf dengan pelbagai maklumat dan lebih interaktif mengalami kenaikan harga tiket bermula 1 Jun ini. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
MELAKA: Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) optimis kenaikan harga tiket sehingga seratus peratus berkuat kuasa 1 Jun ini tidak menjejaskan kehadiran pengunjung.
Berrcakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Besarnya, Dr. Mohd. Nasruddin Rahman berkata, harga baharu itu adalah wajar dan masih murah memandangkan kali terakhir harga tiket dinaikkan pada 2014.
Katanya, kenaikan itu juga seiring dengan usaha Perzim yang menaik taraf beberapa kemudahan selain menambah artifak baharu untuk tatapan pengunjung.
“Muzium Istana (Kesultanan Melaka) dinaik taraf dengan pelbagai informasi dan lebih interaktif. Budak-budak pun suka. Lima buah rumah di Perkampungan Hang Tuah turut dinaik taraf dan pengunjung boleh masuk dan mencuba permainan tradisional dengan bayaran RM10.
“Kami juga telah berbincang dengan Okinawa di Jepun untuk mempamerkan artifak keris yang ditemukan di sana. Pada masa sama, usaha sedang dilakukan untuk mempamerkan kapal yang digunakan Datuk Azhar Mansor untuk mengelilingi dunia.
“Ini semua nilai tambah kepada muzium-muzium berkenaan. Muzium sentiasa ada benda baharu dan saya yakin orang ramai akan berpuas hati masuk ke muzium dengan bayaran RM10,” katanya ketika ditemui.
Terdahulu, Perzim memaklumkan, harga tiket bagi lima muzium iaitu Muzium Kapal Selam, Muzium Kesultanan Melaka, Perkampungan Hang Tuah, Kompleks Muzium Melaka dan Kompleks Muzium Samudera akan dinaikkan antara RM2 hingga RM10 melibatkan semua kategori pengunjung.
Mohd. Nasruddin Rahman
Mohd. Nasruddin turut menafikan dakwaan harga tiket dinaikkan kerana beberapa muzium di Melaka mengalami kerugian.
Jelasnya, muzium bukanlah sebuah organisasi berteraskan keuntungan dan harga baharu itu sebenarnya langsung tidak dapat menampung perbelanjaan kos operasi yang mencecah RM500,000 sebulan.
“Overhead kita memang besar. Naik harga pun tetap tidak dapat tampung kos operasi. Matlamat kita nak tambah baik dan jadikan muzium sebagai sesuatu yang bernilai.
“Kita tidak mahu meletakkan nilai warisan sejarah kita terlalu rendah. Sebenarnya tidak ada isu berhubung kenaikan ini kerana kita mahu pengunjung menilai dan menghargai ilmu yang dia dapat di muzium dengan bayaran RM10,” tegasnya. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
itulah kelemahan negara2 kuat rasuah mcm malaysia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang Malaya neh dah la tak minat benda2 muzium galeri neh. Mekomer memang sengaja lar nk bunoh industri muzium snirik. Ughhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Artemesiaa at 20-5-2022 06:03 PM
Dah ok dah ler tu sekali bayar untuk empat muzium dah kira harga pakej dah tu. Mungkin dia boleh buat macam kat Korea siapa yang datang dengan berpakaian lengkap tadisional zaman dulu boleh bagi masuk free. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya masuk percuma sahaja.
Jikalau negeri tu terlalu miskin sehingga tak mampu nak bagi masuk percuma kerajaan buat satu undang undang baru semua benda berbentuk PELAJARAN DAN MINAT seperti muzium dan zoo ditanggung oleh penerima rasuah sepenuhnya! |
|
|
|
|
|
|
|
rugi nak tampung kos penyelenggaraan kot. kos penyelenggaraan penghawa dingin bukan lah murah. kalau penyaman udara berpusat ribu2 RM juga per bulan. belum sistem pencegah kebakaran lagi. lif lagi. sistem elktrik lagi, penjagaan artifak lagi pencucian n pembersihan lagi, landskap lagi, kawalan serangga lagi, civil lagi. tu belum masuk lg kos operasi pekerja lg, api n air lg dll lagi.mau cecah puluh ribu sebulan tu silap2 mau gak ratus ribu. jd kalau pk untung rugi. tutup jelah. tp kalau pk tngjwb sosial dr segi sejarah n budaya n tempat tarikan pelancongan teruskn shj lah. cuma nk naik tiket tu jgn mahal sngt kot. atau kalau grup bgblah diskaun sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
rm10 masih berbaloi utk kompleks2 muzium sbb merangkumi
5-6 muzium sekaligus.menara tamingsari n sungai melaka tu ikutkan tiketnye lagi mahal gile tp org tetap naik.ape salahnye kenaikkan sedikit utk institusi ilmu dan pendidikan.tu lom kire lagi yg asik mintak free |
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak lawat muzium2 tuh.. dolu2 iols suka benar lawat melaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
ferum2119 replied at 20-5-2022 08:11 PM
rm10 masih berbaloi utk kompleks2 muzium sbb merangkumi
5-6 muzium sekaligus.menara tamingsari n sun ...
Sbb budaya mesia bknnya minat kat blajaq.. minat jjcm jahh.. sbb tuh hat blajaq nak free memanjang, tapi sanggup bayaq mahai2 utk jjcm.. giteww.. |
|
|
|
|
|
|
|
afie_m replied at 19-5-2022 10:35 AM
sekarang ni apa yg tak naik, bagi keluarga yg anak ramai akan pikir bila nak masuk mazium ni.
Nuor x naik lg... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehhehe... untung ke rugi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|