View: 1081|Reply: 10
|
[Tempatan]
Selepas AP,PM gesa pula Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian.boleh kawal kos.korang setuju?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat antara lain akibat kenaikan kadar inflasi.
Beliau berkata orang tengah merupakan pihak yang memerah keringat petani dan nelayan selain memanipulasi harga di pasaran.
Perdana Menteri berkata beliau sendiri pernah mengisytiharkan 'jihad memerangi orang tengah' pada 2014 ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Jihad ini perlu diteruskan oleh NAFAS (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan seperti mewujudkan Pusat Pembelian Padi, Pusat Pengumpulan Buah-Buahan, penambahan pasar tani serta pasar nelayan," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 di sini malam ini yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee
Perdana Menteri berkata inflasi makanan merupakan fenomena global akibat gangguan rantaian bekalan berpunca daripada pandemik COVID-19 yang mengekang kegiatan pertanian sekali gus mengurangkan eksport dan keadaan bertambah buruk apabila berlaku peperangan Rusia-Ukraine.
"Peperangan itu memberi ancaman kepada penghantaran sebahagian tanaman ruji dunia sekali gus menyebabkan inflasi makanan menjadi semakin buruk. Kebimbangan tidak cukup bekalan makanan merupakan isu global bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia," katanya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan jika peperangan itu berpanjangan, kesan lebih buruk terhadap input pertanian boleh berlaku seperti kenaikan harga baja, racun dan sebagainya.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Malaysia ketika ini mencatat kadar inflasi 2.2 peratus iaitu lebih rendah berbanding negara lain termasuk Amerika Syarikat (8.5 peratus), United Kingdom (7), Singapura (5.4), Australia (4.5) dan Indonesia (2.6).
Katanya masalah dihadapi Keluarga Peladang terutama dalam situasi dunia sekarang yang mengakibatkan peningkatan kos bahan mentah akan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/hapuskan-peranan-orang-tengah-dalam-sektor-pertanian-pm-362019%3famp=1 |
|
|
|
|
|
|
|
setuju. good move from PM Ismail Sabri recently. This will gain trust from rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni ok sebab mereka ni mengakibatkan harga jadi tambah tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Alamat kebuloq lah kita semua, sayur ikan ayam semua tak sampai lah ke pengguna, sebabnya org.tengah tu Cino, nak harapkan Melayu edar bahan makanan? Jadi macam Malakat mall lah, atau Mara digital |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi kebenaran banyakkan cawangan hypermarket seluruh negara walaupun sarikat antarabangsa. Dorang ada capacity untuk beli bulk dan distribute seliruh negara. Apa guna nak lindung pemborong tempatan kalau sudahnya cekik darah rakyat balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalannya ...siapa nak hantar bahan2 sayur dan ikan kepada pengguna??? Petani tuai sayur,masuk bakul motor..ronda satu kg deliver sayur?? |
|
|
|
|
|
|
|
Idea yg bagus tapi tak pasti akan praktikaliti...
Sbb petani, penternak dan sebagainya, dorang mana ada masa, skill dan connection nak buat marketing, delivery, dan sebagainya... especially kalau petani/penternak yg buat dalam skala kecik |
|
|
|
|
|
|
|
fama takde fungsi ke?kalau tak cukup staff amik je staff dari mana2 jabatan gomen yg takde kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kasibiman at 20-5-2022 10:57 AM
Kau perhati btol2 la dulu mael.
Jgn main sedap assume je.
Tgk harga pasar tani. Murah ke?
Hakikatnya orang tengah (traders) memainkan productive function utk mengoptimasikan supply dgn demand.
Traders ada scale utk move about the perishable stocks for sale with least wastage at the most cost effective prices.
Acknowledge that.
What's needed is to reign in on unscrupulous profiteering.
Jgn buat keje Bodo mael. Jangan. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti pakat teruk laa petani ka apa kaa nak juai kaa pasarkan hasil pertanian.. jenuh depa nak tanam kaa tuai kaa pastu p juai sundri.. lambakan nanti pakat buang dek kerna rosak..
Kerja bodoh lagi gila PM kaa KERAjaan nak hapuskan orang tengah tanpa pikiaq kesan.. supply chain tu ingat buleh ubah dalam 1 malam kaa?? nanti barang makin kurang dalam pasaran.. harga akan teruih mencanak naik... |
|
|
|
|
|
|
|
PM mmg bleh gesa saja eh? Xder kuasa nk execute ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|