CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 16

[Tempatan] Tahniah rakyat Malaysia- KJ

[Copy link]
Post time 19-5-2022 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 20-5-2022 02:20 AM

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal jangkitan Covid-19 dalam musim perayaan ini.

Beliau berkata, ia dibuktikan apabila jangkaan ramai pihak bahawa jangkitan wabak itu akan naik mendadak selepas sambutan Aidilfitri berlaku sebaliknya.

“Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sengat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka.

“Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam hendak hidup dengan Covid-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri.

“Jadi nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Hari Asma Sedunia 2022 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jangkaan pihak tertentu bahawa kes Covid-19 akan naik mendadak selepas sambutan Aidilfitri tetapi apa yang berlaku ketika ini sebaliknya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, selain pematuhan SOP yang baik dalam kalangan rakyat negara ini, faktor vaksinasi tinggi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung jangkitan wabak yang boleh membawa maut itu.

“Vaksinasi ini membantu mengurangkan kesan yang buruk (kepada pesakit Covid-19) dan kita tengok sekarang ini hospital kita tidak lagi penuh dengan kes Covid-19.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -rakyat-Malaysia-KJ
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 09:31 PM | Show all posts
@kakikuDibibirmu tak nak tersenyum sinis ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelihati plak aku baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita mesti menang!


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:06 PM | Show all posts
hakikatnya skang ramai dah x wat test..even ada simptom pun, masing2 just anggap tu dmam biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:14 PM | Show all posts
Nanti dah tua boleh la apply jadi duta ke WHO.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2022 10:21 PM | Show all posts
mohamad134 replied at 19-5-2022 09:31 PM
@kakikuDibibirmu tak nak tersenyum sinis ker?

Sbb dah xde nak buat wajib test scr besar besar..cuba ko buat test tgk..ntah ntah melonjak lonjak kes
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 19-5-2022 10:06 PM
hakikatnya skang ramai dah x wat test..even ada simptom pun, masing2 just anggap tu dmam biasa..

Kann. Dah ramai yang tak buat test walaupon bergejala. Hari tu kan dah masuk news yang penjual test kit covid pon terpaksa turunkan harga disebabkan permintaan yang semakin sedikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 08:22 AM | Show all posts
setuju dgn pendapat pasal dah xde buat saringan covid.... agaknya katakanlah test kit covid ni dah wujud time 2015, lepastu buat test. silap2 ada yang positive gak
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:42 AM | Show all posts
Kes turun sbb dah ramai x buat test, bukan sbb dah ramai x kene jangkitan.
And semua kalau batuk pun beli ubat batuk je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 09:29 AM | Show all posts
tapi aku tgk ramai lg yg pakai facemask.. bagus gak ..
agaknya nak abihkan stok kot... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 09:43 AM | Show all posts
facemask mcm fesion lak.. sis rasa nk pakai selalu kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement bangang kj.....klau kes naik x dan2 ko maki rkyt, kes x brp nk turun ko ucap tahniah rkyt ikut sop.....sop menda la yg rkyt ikut skrg? Brp kerat sgt la yg pakai FM pun......x abis2 nk suh org puji dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Where got patuh SOP sangat pun? Cuma orang dah tak koser buat self test then lapor kat KKM walau hada simptom.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Di tempat sy masih ramai yg pakai mask d tpt awam. Dah biasa susah nk buka. Lg kat tpt ramai org
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 03:15 PM | Show all posts
s@s@ replied at 20-5-2022 08:22 AM
setuju dgn pendapat pasal dah xde buat saringan covid.... agaknya katakanlah test kit covid ni dah w ...

setuju ..................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 03:29 PM | Show all posts
Rynaf replied at 20-5-2022 08:01 AM
Kann. Dah ramai yang tak buat test walaupon bergejala. Hari tu kan dah masuk news yang penjual tes ...

Dah makin banyak negara tak mewajibkan apa2 test pun untuk masuk ke negara mereka.  Semua arahan dah ditarik balik pelancong dah boleh masuk macam dulu2 semula macam masa belum wabak melanda.  Hanya perlu passport je dah cop boleh bebas berholiday.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059484 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list