View: 640|Reply: 6
|
Rokok Bakal Dibungkus Tanpa Pamerkan Jenama?
[Copy link]
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji cadangan untuk tidak mempamerkan pembungkusan jenama produk rokok selari dengan penggubalan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, cadangan berkenaan adalah supaya pembungkusan produk rokok tidak dipamerkan jenama dan dibungkus seperti biasa.
Kredit foto: Malay Mail
Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu memerlukan sesi libat urus dengan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan berkaitan kesihatan dan premis perniagaan.
"Sekiranya ada ‘display banned’ maka pemilik premis perlu buat pengubahsuaian yang melibatkan banyak pemegang taruh. Apabila sudah selesai mengkaji sama ada keberkesanannya terhadap negara dan juga transisi ke arah ‘display banned’ ini.
"Jika setuju maka kita akan buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Hari Asma Sedunia 2022 pada Khamis.
Khairy berkata, sekiranya larangan pembungkusan jenama produk rokok dilaksanakan, namun larangan itu tiada dalam Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok, tetapi akan ada dalam peraturan selepas rang undang-undang berkenaan digubal.
Sebelum ini, dilaporkan draf Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok bagi mereka yang lahir selepas 2005 kini dalam proses semakan akhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentang di Parlimen pada Julai.
Di bawah peruntukan akta itu, anak-anak yang lahir pada 1 Januari 2005 atau tahun-tahun selepas itu tidak dibenarkan merokok termasuk membeli atau memiliki sebarang bentuk produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape, walaupun mereka telah melepasi umur 18 tahun.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
So the objective of plain packaging is to......????
Hardcore smokers tak kisah kau nak tukar packaging kaler hijau ke plain ke gambar pickachu ke, gambar kaki bernanah ke fetus ke, kalau derang nak smoke derang beli gak. Sekarang rokok seludup pun banyak. You will only lose tax money from tobacco companies yg banyak contribute. |
|
|
|
|
|
|
|
abis cam mana nak tau mana dunhill mana salem mana rothmans mana lucky?
kang bayar harga dunhill seller tipu bagi john.. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 20-5-2022 10:47 AM
abis cam mana nak tau mana dunhill mana salem mana rothmans mana lucky?
kang bayar harga dunhill sel ...
Layan khen aja la.....in our chilfrens' lifetime even, belum tentu we get to see cigarettes being ban altogether....
So dont bother...biar kimark kimark gaji puluhan ribu ini semua layan siyalllli sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni, dah di buat di Australia. To the extend, rokok yg di jual x boleh di pamer secara terbuka.
Depa pun hisap rokok contra band juga. Jual ikut batang, instead dlm kotak rokok.
Sbgai perokok dan peminum nescafe.
Turun kan harga rokok, tapi ketatkan undang2 merokok di tempat tertentu shj.
Cthnya x boleh merokok di Sepanjang Lebuh Raya Plus jika memandu. Hanya boleh hisap di tempat khas, di RnR pun tak boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 20-5-2022 10:47 AM
abis cam mana nak tau mana dunhill mana salem mana rothmans mana lucky?
kang bayar harga dunhill sel ...
Ko kena jugak pikir sebaliknya..bayar john,dapat dunhill.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok wan hisap rokok daun tersenyum sinis hari2 pun gulung rokok sendiri apa ada hal |
|
|
|
|
|
|
| |
|