CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

Nak Cepat Punya Pasal, Kan Dah Dapat Amaran Polis!

[Copy link]
Post time 20-5-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Seorang penunggang motosikal yang mengekori kereta polis ketika sedang mengiringi sebuah ambulans Angkatan Pertahanan Awam(APM) diberi amaran oleh anggota polis bertugas dalam kejadian di Jalan Kuching di sini pada Khamis.


Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian tersebut tular menerusi video dimuat naik seorang pengguna TikTok.








Menurutnya, video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan polis sedang memberi laluan dan dirakam oleh salah seorang penumpang kenderaan yang diiring.


"Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi apabila kenderaan polis berkenaan dari JSPT Kuala Lumpur sedang membuat penugasan rondaan dan pemantauan di sekitar Jinjang dan Kepong.


"Anggota polis bertugas kemudiannya mendapati sebuah ambulans APM dari arah bulatan Kepong terhalang laluannya akibat laluan sesak menghala ke Jalan Kuching," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Beliau berkata, anggota polis bertugas kemudian mengiringi ambulans berkenaan menghala ke tempat kemalangan untuk bantuan kecemasan.


"Dalam video yang ditularkan terdapat penghargaan kepada pihak polis yang mengambil tindakan pantas mengiringi ambulans berkenaan.


"Namun, dalam masa sama terdapat sebuah motosikal yang mengikuti rapat kenderaan polis, bagaimanapun anggota polis terlibat berjaya menghalang penunggang motosikal tersebut dan memberikan amaran supaya tidak melakukan tindakan sedemikian," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.236005 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list