CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Dunia] EU lancar pelan hentikan import bahan api dari Russia

[Copy link]
Post time 20-5-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Pekerja melewati pusat simpanan gas asli di Jerman. - CNN

EU lancar pelan hentikan import bahan api dari Russia

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan satu pelan bernilai AS$221 bilion (RM973 bilion) dalam usaha untuk menghentikan kebergantungan blok itu terhadap minyak dan gas dari Russia, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.

Suruhanjaya Eropah membentangkan pelan dinamakan “REPowerEU” dengan harapan ia dapat mengurangkan penggunaan gas Russia di seluruh blok itu sebanyak 66 peratus  menjelang akhir tahun ini.

EU bercadang untuk menghapuskan kebergantungan bekalan dari Russia sepenuhnya sebelum 2027.

Antara langkah yang diambil menuju ke arah itu adalah dengan menjimatkan tenaga, mencari sumber alternatif dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

“Kami sedang berusaha untuk mencapai satu tahap lain untuk memastikan blok ini bebas daripada menggunakan bahan api fosil Rusia secepat mungkin,” kata Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen.

Sejak Russia menyerang Ukraine pada akhir Februari, blok itu telah berusaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap eksport tenaga asli Russia.

Organisasi itu bersetuju untuk mengharamkan bekalan arang batu Rusia bermula Ogos ini dan pada bulan lepas, ia telah mengurangkan bahagian Russia dalam import gas asli EU kepada 26 peratus berbanding 40 peratus tahun lepas.

Pelan baharu bertujuan untuk meningkatkan import gas asli cecair dari Amerika Syarikat (AS) dan Kanada serta meningkatkan aliran gas saluran paip dari Norway.

Selain itu, Suruhanjaya Eropah juga telah menyediakan platform untuk membolehkan negara-negara anggota membeli tenaga secara kolektif dengan tujuan membantu menurunkan harga yang melonjak.

“Dengan cara ini, kami boleh mendapatkan import tenaga yang diperlukan tanpa persaingan antara negara anggota,” kata von der Leyen mengenai program perolehan bersama. – Agensi

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... an-api-dari-russia/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.031927 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list