View: 571|Reply: 3
|
Kaki Budak 9 Tahun Tertusuk Tongkat Basikal
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menahan kesakitan setelah kaki kirinya tertusuk tongkat basikal di Taman Mawar di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.54 pagi tadi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, tapak kaki kanak-kanak terbabit tertusuk tongkat basikal yang diperbuat daripada besi.
Foto: Kosmo
“Pasukan kami kemudiannya memotong tongkat basikal tersebut menggunakan peralatan khas sebelum memberi rawatan awal termasuk membalut kaki kanak-kanak itu.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan selanjutnya menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya di sini hari ini.
Sementara itu menerusi klip video yang dikongsikan di media sosial, tongkat besi tersebut dilihat masih berada pada kaki kanak-kanak terbabit semasa dibawa ke hospital. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
ko buatpe dekk allahu ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
Macam manalah boleh sampai jadi macam tu nasib berisi budaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Ekau dok shuffle salah step ke dek sampai tersadung kena tongkat beskat
Moga cepat sembuh
Sikit aje tu
Sapu ubat gamat nanti baik ler |
|
|
|
|
|
|
| |
|