View: 645|Reply: 0
|
Hamilton kembali tersenyum
[Copy link]
|
|
HAMILTON pada sesi latihan bebas GP Sepanyol. -FOTO EPA
Barcelona: Lewis Hamilton kini kembali tersenyum lebar selepas dia dan rakan sepasukan Mercedes, George Russell menduduki tempat kedua dan ketiga di belakang Ferrari milik Charles Leclerc ketika sesi latihan Grand Prix Sepanyol.
Juara tujuh kali itu menamatkan sesi latihan di kedudukan ketiga, mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Marcedes di Britain atas komitmen mereka yang tidak putus-putus berusaha menambah baik kereta mereka dalam usaha menghidupkan semula peluang Mercedes tahun ini.
"Positif - sangat gembira dengan kemajuan ini," katanya ketika ditanya mengenai perasaannya.
"Terima kasih sangat kepada semua di kilang kerana tidak berputus asa dan terus berusaha.
"Kami bukan yang terpantas tapi kami menuju ke arah itu. Ini adalah kali pertama saya memandu di jalan lurus tanpa rasa beralun. Tapi ia masih ada terasa sedikit tapi ia lebih baik jadi kami mula memanfaatkan sedikit potensi dalam kereta kami.
"Ia masih sukar di dalam kereta tapi ia lebih bagus daripada sebelum ini jadi kami sangat berterima kasih atas peningkatan ini.
Mercedes membawa pakej besar ke litar Catalunya bertujuan untuk mengurang tekanan di laluan lurus dan meningkatkan kelajuan di laluan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-kembali-tersenyum |
|
|
|
|
|
|
| |
|