View: 531|Reply: 0
|
Marceeta tekad kembali di Birmingham
[Copy link]
|
|
MARCEETA beraksi dalam acara 59 kilogram snatch, clean and jerk pada Sukan SEA ke-31, Hanoi. -FOTO Bernama
Hanoi: Selepas tidak berjaya menghadiahkan sekurang-kurangnya gangsa kepada kontinjen negara, atlet angkat berat wanita negara, Marceeta Marlyne Marcus berazam untuk bangkit semula di Sukan Komanwel Birmingham dengan catatan angkatan lebih tinggi.
Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi semalam, Marceeta Marlyne Marcus menduduki tempat kelima dengan melakukan angkatan keseluruhan 178 kilogram (kg) dalam kategori 59kg.
Menurut atlet kelahiran Sabah itu, dia memang kecewa tidak berjaya meraih pingat namun mengakui mempunyai masa yang suntuk untuk melakukan persediaan selepas pembubaran skuad kebangsaan dan kecederaan di bahagian pergelangan tangan.
"Apa pun saya dan pasukan akan kembali melakukan persiapan untuk Sukan Komanwel Birmingham selepas ini," katanya yang layak secara merit di temasya berkenaan.
Ujarnya, Sukan Komanwel adalah medan terbaiknya untuk kembali membuktikan kemampuan selepas keputusan kurang memberangsangkan di Hanoi.
"Harapan tahun ini, terarah kepada Komanwel akan datang, selepas saya berjaya layak secara merit dan kalau boleh sekarang mahu melebihi angkatan peribadi.
"Catatan snatch saya tidak melebihi rekod sebelum ini iaitu 81kg, begitu juga dengan clean & jerk hanya 105kg berbanding 107kg. Memang masih jauh dengan angkatan terbaik saya.
"Lagi pun saya baru saja kembali berlatih selepas Februari lalu mengalami kecederaan pergelangan tangan," kata Marceeta yang menduduki tempat keempat di Manila pada 2019 dengan jumlah angkatan keseluruhan 171kg.
Emas dalam acara 59kg semalam diraih atlet tuan rumah Hoang Thi Duyen (204kg), manakala perak milik Pimsiri Sirikaew dari Thailand (196kg) dan gangsa diraih Ta Boe Yar Naw dari Myanmar (191kg).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mbali-di-birmingham |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|