|
PEMAIN ranking kedua dunia Medvedev. -FOTO AFP
Paris: Pemain tenis Daniil Medvedev tidak akan menyaman Wimbledon atas larangan terhadap pemain Rusia dan Belarus tetapi mengakui 'terdapat banyak kesilapan' di sebalik keputusan yang penuh kontroversi itu.
Pemain dari kedua-dua negara itu dilarang daripada menyertai kejohanan Grand Slam ketiga musim ini yang akan bermula bulan depan berikutan pencerobohan Ukraine.
Bagaimanapun mereka dibenarkan menyertai kejohanan lain termasuk Terbuka Perancis yang akan berlangsung di Paris bermula hari ini.
"Jika saya tidak boleh bermain, saya tiada akan pergi ke mahkamah untuk yang ini," kata pemain nombor dua dunia berusia 26 tahun Medvedev.
"Saya tak tahu apa yang ATP lakukan, saya menunggu keputusan mereka. Tapi ya, secara peribadi saya tidak akan bawa kes mahkamah."
Katanya: "Mungkin kerajaan yang mendesak mereka (Wimbeldon), mungkin ini keputusan mereka. Terdapat banyak kesilapan di sebalik semua ini."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-saman-wimbledon |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|